suria

Orang sebelah melebih-lebih siram pokok, air memancut langgar kawasan... Jiran tak reda, lantai garaj asyik basah!

Lantai garaj individu berkenaan yang basah gara-gara jirannya menyiram pokok bunga. -Foto Facebook TAHI

ADAT menetap di kawasan perumahan sama ada kampung, taman atau kediaman jenis bertingkat, kita sewajarnya menjaga adab sesama jiran ataupun mempunyai common sense sebagai anggota masyarakat.

Biarpun warga maya sering kali berkongsi luahan mengenai karenah jiran masing-masing di laman sosial, sepertinya kisah yang dipaparkan seolah-olah tidak diambil iktibar bersama.

Lazimnya kisah yang dikongsikan adalah mengenai isu perebutan kawasan parkir kereta, najis kucing peliharaan, bunyi bising, bersikap pengotor dan sebagainya.

Namun sedikit berbeza dalam satu perkongsian di laman Facebook Tukang Apa Hari Ini apabila seorang pelayar berkongsi tabiat jirannya yang gemar menyiram tanaman.

jiran 2

Berbuat baik sesama jiran tetangga sememangnya dituntut agama Islam. -Gambar hiasan

"Jiran saya sebelah kiri ni ada tanam pokok. Jadi apabila dia siram, habis basah rumah saya. Kami dah tegur banyak kali... sama juga," luahnya.

Mungkin segelintir orang menganggap ia adalah perkara remeh dan tidak perlu diperbesarkan.

Namun menurut pelayar berkenaan, dia mungkin boleh bertolak ansur jika ia hanyalah percikan air, tetapi tabiat jirannya itu menyebabkan lantainya basah dan licin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak bincang dulu, tiba-tiba jiran sebelah bina tembok... Rumah sendiri ‘auto’ nampak cacat dinding tak plaster - “Laluan angin dah tertutup”

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran punca wanita ‘resign’! Satu famili ‘selfish’ bab parkir, orang lain susah tak apa asalkan anak beranak mereka senang

"Bayangkan kalau rumah kita sendiri hari-hari orang simbah. Sampai basah depan rumah.

"Tak kena dekat anda senanglah cakap 'air je pun'. Cuba kena dekat batang hidung sendiri. Habis satu depan rumah basah... apa rasa," luahnya lagi.

Buat macam tak ada apa-apa. Nanti apabila isu dah reda, campak je racun... matilah pokok tu.

NETIZEN

Pelayar berkenaan turut berkongsi dua keping gambar memaparkan lantai garaj rumahnya yang basah.

Berdasarkan gambar tersebut juga, kelihatan dia memasang jaring berwarna hitam, berkemungkinan sebagai perlindungan atau untuk tujuan privasi.

Justeru, pelayar tersebut meminta pandangan warga maya mengenai cadangan yang sesuai untuk mengelakkan lantai garaj rumahnya daripada terus 'dibanjiri' air siraman pokok.

Menjengah ruangan komen, ternyata ia 'meriah' dengan pandangan netizen malah ramai yang memahami kerana pernah berada dalam situasi hampir sama.

komen jiran

Antara komen warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Macam jiran atas saya. Air aircond dia direct ke depan pintu rumah saya. Betul-betul dekat tempat kasut. Hari-hari memang banjir air aircond dia.

"Saya pernah jiran bela kucing puluh-puluh ekor, hari-hari bersihkan tempat kucing, air mengalir depan pagar. Bertakung depan rumah. Hmmmm toleransi.

"Tak fikir ke, kalau budak-budak atau warga emas atau siapapun yang berjalan di atas lantai yang licin tu, jatuh terseliuh atau patah kaki, macam mana pula?" komen netizen.

Namun tidak kurang juga ramai juga yang tampil dengan cadangan yang melucukan.

"Buat macam tak ada apa-apa. Nanti apabila isu dah reda, campak je racun... matilah pokok tu.

"Selepas jiran tu siram bunga, kamu siramlah lagi bunga tu. Biar sampai laman dia pula. Lama-lama bunga tu akan mati sebab terlebih air," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain