SUDAH menjadi lumrah golongan isteri masa kini turut bekerja bagi membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung suami untuk menyara keluarga. Bagaimanapun, timbul masalah apabila isteri berkerjaya dianggap derhaka kerana lebih mengutamakan karier berbanding hal rumah tangga. Menerusi hantaran di laman Facebook, seorang lelaki berkongsikan kehidupannya bersama isteri yang berkhidmat sebagai penjawat awam. Berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya, wanita berkerjaya serta mempunyai sumber kewangan sendiri cenderung bersikap kurang hormat kepada suami. Menjadi suri rumah bukanlah tugasan mudah. -Gambar hiasan Pada masa sama, dia berharap dapat kembali ke masa silam dan memilih wanita yang tidak berpendidikan untuk dijadikan isteri berbanding mereka yang berkerjaya. "Alhamdulillah kewangan keluarga stabil, anak baru seorang umur dua tahun. Kalau boleh undur masa, nak cari isteri yang tak habis sekolah pun tak apa. "Duduk rumah jadi suri rumah sebab jujurnya tiada faedah dan manfaat bagi lelaki kalau isterinya bekerja... banyak datangkan masalah je," luahnya memulakan cerita. Menurut lelaki ini, ungkapan 'isteri bekerja demi membantu suami' adalah alasan semata-mata kerana hakikatnya duit isteri adalah hak mereka sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Gaji isteri makin tinggi tapi banyak belanja famili sendiri, suami anggap keluarga mentua biawak hidup ARTIKEL BERKAITAN: Isteri malas urus famili selepas diizin kerja, cuma tahu bersolek dan main phone! Niat bantu ringan beban suami tersasar Malah katanya, para suami juga perlu mengeluarkan lebih belanja termasuk membayar kos pengasuh serta perbelanjaan makan luar disebabkan isteri keletihan untuk memasak. "Nak kata bantu suami pun tidak sebab duit isteri tetap duit isteri, kalau terbantu lebih nanti dia ungkit pula macam aku terbuang nasi... dia bising kononnya beras bulan tu dia beli. "Paling tak seronok adalah isteri berduit ni jadi kurang hormat pada suami, senang naik suara pada suami... sebab tu ramai isteri sekarang mudah je minta cerai. "Kalau kerja, taat nombor satu pada bos tapi kalau dengan suami, salah cakap sikit selamba seminggu tak bertegur sapa," luahnya lagi. Suruh je dia berhenti kerja, anak boleh jaga, rumah boleh jaga dan duduk rumah tenang-tenang. WARGA MAYA Situasi yang dialami membuatkan dia membandingkan kehidupan rumah tangganya dengan masyarakat terdahulu sekali gus merasakan dirinya tidak dihargai. "Isteri zaman sekarang terlalu manja, hakikatnya suami zaman moden ni dah tersangat rajin dan berdikari, selalu tolong buat kerja rumah. "Baju pun kita basuh, gosok sendiri, masak boleh, selalu bawa isteri makan luar dan jalan-jalan. Tak pernah harap lebih pun daripada isteri, itu pun dia canang terpaling penat. "Banding dengan mak kita dulu, hari-hari masak, ayah tak sentuh langsung kerja rumah tapi mak sempat buat cucur makan petang-petang," tambahnya. Kebanyakan warga maya menitipkan kata-kata nasihat padanya. Luahan hatinya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Meskipun bersimpati dengan situasi yang dialaminya namun kebanyakan pelayar memintanya supaya dia tidak membandingkan keadaan semasa dengan zaman dahulu. "Isteri zaman sekarang lain bro, jangan bandingkan. Lima tahun pertama perkahwinan adalah saling mengenali, banyak true colors pasangan akan terserlah, ujian pun banyak... kesabaran kena tinggi. "Saya juga seorang isteri dan luahan itu memang benar. Isteri bekerja, bukan semua tapi ramai yang kurang hormat pada suami. Gaduh sikit mudah minta cerai dan ungkit tidak pernah bahagia. "Pemikiran dan cara orang berbeza, pada saya dari mula kahwin memang suruh isteri jadi suri rumah. Cukup atau tidak, usaha sendiri bagi cukup, biar kita penat cari rezeki tapi isteri boleh makan, pakai, jaga anak depan mata. "Suruh je dia berhenti kerja, anak boleh jaga, rumah boleh jaga dan duduk rumah tenang-tenang," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube