SEMAKIN banyak restoran kini beralih kepada penggunaan kod respons pantas (kod QR) untuk pelanggan membuat pesanan makanan. Meskipun kaedah itu dikatakan memudahkan pesanan dibuat, namun ada ketikanya ia membebankan para pelanggan. Ini terutama apabila pelanggan berdepan masalah seperti ketiadaan capaian Internet. Seorang pelanggan meluahkan kekecewaannya ketika berkunjung ke sebuah premis makanan apabila tidak dapat membuat pesanan menggunakan kod QR. Pelanggan mahu servis yang terbaik di kedai makan. -Gambar hiasan Menurut Zeeda Aziz, dia tidak dapat membuka pautan daripada kod QR kerana rangkaian Internetnya tidak begitu baik di kawasan itu. "Kepada pemilik kedai makan yang menyediakan kod QR untuk pelanggan membuat pesanan, ingin saya nasihatkan sediakanlah juga password WiFi. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita makan di R&R, lelaki misteri 2 kali datang duduk semeja! Pakcik tua muncul ‘ganggu’, tanya soalan aneh banyak kali ARTIKEL BERKAITAN: Restoran tiada staf, owner percaya pelanggan! Sendiri bungkus, kira dan bayar... Hutang pun boleh - “Tinggi tawakal dia” "Dah banyak kali saya terkena. Kalau mood saya tak cantik pada waktu tu, saya akan terus keluar pergi cari kedai lain. Tak nak sakit hati lama-lama. "Malam tadi, hampir saya tinggalkan kedai makan ini sebabnya saya tak dapat buka link daripada kod QR. Capaian jaringan Internet tak cukup kuat di kawasan tu," luahnya di Facebook. Bercerita lanjut, kata Zeeda, dia kemudian meminta anaknya bertanyakan kata laluan (password) untuk menggunakan kemudahan WiFi di kedai tersebut bagi membolehkannya membuat pesanan menggunakan kod QR. Rangkaian Internet kurang baik menyukarkan pesanan menggunakan kod QR. -Gambar hiasan Tanpa mendedahkan lokasi restoran, dia bagaimanapun terkejut dengan reaksi daripada pekerja di kedai makan tersebut. "Katanya nak guna WiFi, order dulu. Fuh... dia ingat kita datang sini semata-mata nak lepak guna WiFi ke apa? "Kalau tak nak bagi pelanggan guna WiFi, janganlah pakai kod QR tu. Ambil pesanan secara manual. "Datang ke meja, ambil pesanan atau letak kertas pesanan, pensel dan menu. Nanti dah siap tanda, boleh ambil kertas tu," ujarnya. Pemilik perniagaan sekalian, kadang tu tak ada siapa pun sihirkan kedai awak... cuma awak tak mahir baca riak muka pelanggan kecewa. NETIZEN Menurut wanita itu lagi, dia mengakui makanan di restoran itu sedap dan penyediaannya agak pantas tanpa membuatkan pelanggan tertunggu-tunggu. Namun proses membuat pesanan makanan menggunakan kod QR amat mengecewakan. "Menyakitkan hati, ditambah pula dengan ayat... nak WiFi, order dulu. Makin baran dibuatnya," katanya sambil menjelaskan bagi mengelakkan kekeliruan bahawa 'order dulu' bukan kata laluan untuk menggunakan WiFi di kedai tersebut. Segelintir pelanggan lebih suka membuat pesanan secara manual. -Gambar hiasan Susulan itu, kata Zeeda, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pekerja di situ. "Terpulanglah pada mereka, nak ubah atau tidak. Sekecil-kecil perkara begini, boleh membuatkan pelanggan tak nak datang dua kali. "Pemilik perniagaan sekalian... kadang tu, tak ada siapa pun sihirkan kedai awak. Cuma awak atau pekerja tak mahir membaca riak muka pelanggan yang sedang kecewa. "Selepas saya tegur hal ni, mereka bagi alasan, Internet situ tak kuat pula. Sebab itulah mereka tak bagi password (WiFi). Dah tahu tak kuat, tak payah la guna kod QR," katanya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan saranan Zeeda bahawa pengusaha kedai makan seharusnya memudahkan pelanggan untuk membuat pesanan menggunakan kod QR. "Kita ke kedai makan bukan untuk menggunakan WiFi, kita ke kedai makan untuk makan bersama keluarga. WiFi sangat diperlukan apabila nak pesan makanan guna kod QR, sebab Internet tak semuanya bagus di semua kawasan. "Sepatutnya mana-mana kedai makan sediakan pilihan kepada pelanggan. Bukan tumpu pada satu cara je untuk order dan baya. Apabila pelanggan menyampah, pelanggan tak akan datang lagi dan itu akan merugikan bisnes," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube