suria

Beli kereta terpakai ‘cash’, siap dah belanja RM400 untuk baiki... Sudahnya susah hati tengok berderet rekod saman lampau

Seorang lelaki buntu mengetahui rekod saman lampau kereta dibelinya. -Gambar hiasan

MEMBELI sebuah kereta terpakai atau 'second hand' biasanya dibuat oleh mereka yang tidak mahu menanggung komitmen bulanan tinggi atau untuk dijadikan kenderaan kedua.

Begitulah juga dengan Mann yang memutuskan untuk memiliki kereta terpakai jenis Proton Wira dengan harga RM3,400.

Namun, menerusi grup Tanya Peguam di Facebook, dia bertanyakan pandangan kerana mahu membuat pertimbangan semula selepas melihat rekod lampau kereta yang sudah dibayar penuh itu.

Tangkap layar perbualan WhatsApp dikongsikan Man.

Melalui semakan nombor pendaftaran kereta, terdapat lebih lapan saman yang masih belum dibayar.

"Saya nak tanya untuk urusan jual beli kereta (terpakai). Selepas urusan Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer), saya ada buat semakan kereta.

"Ada saman berjumlah RM1,150. Saya berbincang dengan pemilik asal kereta. Dia tak nak bayar dan saya buat keputusan untuk pulangkan semula," ujarnya.

Difahamkan, Man sudah mengeluarkan belanja sebanyak RM400 untuk membaiki kerosakan pada kereta yang dibeli.

ARTIKEL BERKAITAN: Beli Iswara terpakai, 3 beranak diganggu sampai tak jadi makan angin di KL! Ada sejarah 11 tahun lalu, patutlah murah

ARTIKEL BERKAITAN: Semak dulu 5 perkara ini sebelum beli kereta terpakai! Kalau ada bau lipas, dah boleh ‘nego’ harga lebih rendah

Bagaimanapun, dia memilih untuk menanggung kerugiaan berkenaan berbanding menambah lagi bebanan hutang saman pula.

"Saya sudah ada kos baiki kereta berjumlah RM400 tetapi saya tak kisah janji dapat semula RM3,400 yang saya sudah bagi untuk kereta tu.

"Tetapi owner tak nak bagi bayaran penuh semula, dia nak bagi 50 peratus je daripada harga asal. Saya buntu tak tahu nak buat apa," jelasnya lagi.

Dia tak nak bayar dan saya buat keputusan untuk pulangkan semula.

MAN

Jelas Man, perkongsiannya ini bertujuan untuk mencari solusi bagi mendapatkan semula wang daripada pemilik asal kereta.

Malah, dia juga mempunyai segala butiran yang diperlukan untuk urusan dan tindakan lanjut.

Jika diteliti di ruangan komen, terdapat beberapa netizen menjelaskan mengenai status rekod saman tersebut.

Menurut salah seorang warga maya, Man tidak perlu bertanggungjawab membayar denda berkenaan memandangkan rekod saman tersebut adalah atas nama pemandu.

Komen warga maya.

"Itu saman akan cari owner asal. Pemilik baharu tidak perlu bayar. Saman memang tertulis nombor pendaftaran kenderaan dan nama pemandu. Jadi tidak perlu risau. Setiap data tukar milik kenderaan ada dalam rekod JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).

"Untuk memastikannya dan melupuskan saman, boleh berurusan dengan pihak JPJ untuk melepaskan pemilik baharu dan kenderaan daripada saman lepas.

"Untuk saman polis trafik, sepatutnya sama sebab undang-undang yang trafik PDRM kuatkuasakan juga adalah akta pengangkutan jalan," ujar netizen cuba membantu individu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan