suria

Gadis block lelaki ‘sembang kencang’! Gaji beribu, order makan mahal tapi enggan bayar... Sekali ‘dating’ dah minta pinjam RM50

Seorang wanita menceritakan pengalamannya yang serik keluar dengan lelaki baru dikenali. -Gambar hiasan

FASA awal percintaan menyaksikan golongan lelaki rata-ratanya membuat sedikit 'pelaburan' apabila keluar dengan kekasih.

Biasanya, lelaki akan sedaya upaya menanggung kos atau perbelanjaan ketika keluar dengan pasangan, malah ada juga yang sanggup membelikan hadiah.

Namun, berbeza pula pengalaman wanita bernama Suhana Sanee ini apabila dia terpaksa mengeluarkan wang sendiri selepas keluar 'dating' dengan seorang lelaki buat pertama kali.

"Pernah dulu date dengan seorang mamat ni, hari pertama jumpa pergi makan, order bukan main yang mahal-mahal ingatkan dia yang bayar.

Seorang lelaki enggan mengeluarkan wang pada hari pertama keluar dating. -Gambar hiasan

"Bila sudah habis makan, mamat ni tak bangun lagi nak bayar. Akhirnya saya tanya dia, awak bayar... saya tunggu dalam kereta.

"Lepas tu mamat ni sudah mula gelabah kemudian dia cakap eh saya ingat awak yang bayar? Saya lupa keluarkan duit tunai la," ujarnya mengimbas kembali kisah antara mereka berdua.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman pahitnya ini, lelaki tersebut dikatakan memberi pelbagai alasan kerana enggan membayar harga makanan berjumlah RM140.

"Saya pun cakap dekat sini boleh (bayar) pakai kad. Tapi dia cakap kad bank tak boleh guna sebab sudah 'expired'. Saya malas la nak borak panjang, saya pergi je bayar.

ARTIKEL BERKAITAN: Insaf bercinta dengan lelaki ‘red flag’, wanita ini bongkar kisah di Cameron Highlands... RM200 melayang di kedai nasi lemak!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin menyesal tak bercinta sebelum kahwin, dah selamat nikah baru tahu suaminya ‘mat pet’... Nak cerai malu pula

"Jumlah semua RM140 makan dua orang. Saya punya makanan RM40 je. Dia punya makanan RM100 sebab 'order' mix lamb apa tah lepas tu air berlayer (lapis) satu gelas besar," katanya lagi.

Tambah Suhana lagi, sebelum keluar makan, dia yang menjemput lelaki itu di rumah ibunya kerana keretanya dipinjam oleh si adik.

"Saya yang ambil dia dekat rumah mak dia sebab lelaki tu cakap kereta adik dia pinjam tapi masa datang rumah ada lagi dua buah kereta jenama Toyota dengan Mazda," katanya.

Paling mengejutkan apabila lelaki itu tanpa segan silu mahu meminjam wang daripadanya selepas mereka berdua pulang dari makan bersama.

Kalau saya, bayar yang saya makan je. Kau punya... pandai-pandai la nak hidup.

NETIZEN

"Lepas tu sudah balik rumah, dia mesej. Awak, segan la nak cakap. Nak pinjam RM50 boleh nak buat belanja kerja esok. Tapi itu la, saya block (sekat) lelaki tu tanpa kata apa. Entah la dalam kereta dia asyik borak gaji beribu.

"Pergi outstation sana dan sini. Boleh beli itu dan ini cash tetapi keluar, perempuan yang datang jemput, belanja makan, siap minta RM50 lagi. Mana duit gaji awak yang beribu tu. Sembang 'kencang' betul," ujarnya.

Pengalaman pahit yang dialami Suhana ini dikongsikan semula oleh Azizul Azli Ahmad dalam bentuk satu tangkap layar di Facebook.

Menurut Azizul, perkongsiannya ini adalah sebagai peringatan kepada wanita lain di luar sana supaya lebih berhati-hati untuk mempercayai kata-kata lelaki.

Antara respon netizen terhadap hantaran dikongsikan.

Malah, rata-rata netizen turut memberikan respon selepas membaca luahan Suhana.

"Kalau saya, bayar yang saya makan je. Kau punya... pandai-pandai la nak hidup.

"Baik juga la awak bayarkan semua makanan tu. Kalau jenis sembang kencang ni memang red flag (tanda-tanda bahaya) la.

"Lain kali cuba amalkan bertanya, kalau lelaki ajak keluar tanya dia awak nak belanja ke? Awak ada duit? Tak perlu teruja sangat rasa diri laku laris bila lelaki ajak keluar," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain