suria

Wanita tak terima hakikat dah tua, terkejut belia 20an salam cium tangan... Belum kahwin tetap dipanggil makcik!

Amalan bersalaman ketika berjumpa dilakukan sebagai tanda hormat. -Gambar hiasan

TANDA tanya tentang bila nak kahwin sering menjadi soalan cepumas dalam kalangan orang-orang tua kepada mereka yang masih bujang.

Hakikatnya kahwin lambat bukan kerana memilih, tapi belum ada rezeki dipertemukan jodoh dengan orang yang sepadan.

Namun bagi seorang wanita, timbul kebimbangan pada dirinya apabila usianya semakin meningkat tetapi masih belum mendirikan rumah tangga.

Lebih mencemaskan apabila terdapat penerimaan yang berbeza daripada orang luar terutama anak-anak muda yang bertemu dengannya.

Setiap individu mahu bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Sejak kebelakangan ni dah ada anak-anak muda umur awal 20-an, apabila salam je dengan saya, mereka dah mula cium tangan saya.

"Saya terkejut sebab saya baru sedar saya dah makin tua. Sebelum ni tak ada pun macam tu," luahnya menerusi satu hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jatuh cinta rakan sekerja, anggap lelaki paling dipercayai... Lepas 7 bulan status terbongkar, menyesal tak selidik awal!

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Pantai Timur jatuh cinta pandang pertama... Makin ‘cair’ bakal jodoh berani ajak kahwin cepat

Tanpa mendedahkan usia sebenarnya, situasi itu ternyata membuatkan wanita itu berada dalam konflik antara usia semakin tua dan status sebagai orang yang masih bujang.

"Macam mana nak berdamai dengan umur kita yang dah tua tapi belum berkahwin lagi? Kalau dah kahwin tu lain cerita la.

"Siapa pernah alami pengalaman macam saya, kita rasa kita masih muda tapi dah ada budak-budak muda awal 20-an salam cium tangan kita," katanya.

Lebih baik orang hormat kita sebab umur dan adab. Daripada kita dah tua, tapi masih dilayan macam budak-budak.

NETIZEN

Mengulas lanjut, wanita itu turut meluahkan kekesalannya mengenai perubahan yang mengejutkan itu bukan saja melibatkan reaksi anak-anak muda, malah panggilan terhadapnya.

"Mereka dah mula panggil saya makcik. Sedihnya rasa, tak kahwin pun lagi tapi mereka dah mula salam cium tangan dan panggil makcik," katanya terkilan.

Wanita terkilan kerana dianggap sudah berusia. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, netizen menyifatkan ia merupakan lumrah bagi mana-mana individu yang melalui satu fasa apabila usia semakin meningkat tanpa mengira mereka sudah berkahwin atau masih bujang.

"Saya single. Ada cucu saudara (datuk dan nenek mereka adalah sepupu saya). Mereka panggil saya nenek. Nenek pun nenek lah, hatiku tetap sweet 16 gitu.

"Saya yang 30-an pun, ada perempuan salam cium tangan saya. Biarlah, kadang-kadang kalau jumpa orang baharu, ada panggil puan, saya iyakan je. Tak betulkan pun, kecuali kalau mereka tanya baru saya jawab masih cik. Itu semua tanda hormat.

"Lebih baik orang hormat kita sebab umur dan adab. Daripada kita dah tua, tapi masih dilayan macam budak-budak," demikian antara komen netizen.

Pada masa sama, segelintirnya menasihatkan wanita itu supaya menerima kenyataan bahawa dia tidak lagi muda seperti dahulu.

"Dia senang je nak kena sedar diri. Kalau tak sedar diri sampai ke mati tak rasa tua, tak boleh nak terima kenyataan.

"Terima hakikat atau labur duit untuk glow up rupa," ujar netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain