suria

Suami nikah sahabat, wanita hidup terkontang kanting tak diberi nafkah! Berhabis 50K buat majlis kahwin boleh pula

Seorang wanita tidak menyangka akan menjalani hidup berpoligami. -Gambar hiasan

HATI wanita mana yang tidak sakit apabila mendapat tahu suami yang selama ini dikasihi berkahwin lagi.

Lebih sakit hati si suami tergamak berpoligami dengan menikahi sahabat isterinya sendiri.

Begitulah luahan hati seorang wanita apabila rumah tangga yang dibina selama bertahun-tahun musnah dengan kehadiran orang ketiga.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia bukan sahaja dimadukan, malah suaminya mula melupakan tanggungjawab selepas berkahwin dengan isteri kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kawal ketat duit gaji 5K suami... Tetapkan RM6 sehari makan di kantin, enggan beri belanja bulanan untuk mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja kuat demi famili, gaji 40K tapi isteri 3 kali kantoi curang! Nafkah sebulan 8K, kemewahan bukan jaminan setia

"Tergamaknya suami saya berpoligami dengan kawan baik saya sendiri yang dah lama saya berkawan dengan dia.

"Nafkah dengan saya pun culas," katanya menerusi satu luahan di Facebook.

Suami culas nafkah isteri pertama. -Gambar hiasan

Wanita itu juga tidak menyangka suaminya sanggup berbelanja besar untuk berkahwin dengan kawan baiknya di utara tanah air.

"Tapi sanggup habis dalam RM50,000 atas urusan perkahwinan mereka di sana. Saya tak tahu macam mana tergamaknya hati suami saya.

"Pakaian saya pun jarang dibeli baharu, apatah lagi perhiasan lain. Bulanan nafkah pun cukup-cukup je, dengan barang rumah," ujarnya tanpa mendedahkan usia perkahwinan mereka dan sama ada dia memiliki anak atau tidak.

Dia bukanlah kawan baik awak dan suami awak bukan lelaki yang baik.

NETIZEN

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, wanita itu tidak dapat menahan kekecewaan apabila dirinya bukan sahaja dikhianati oleh sahabat sendiri, malah 'pengantin baharu' itu bermewah melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

"Macam mana dia boleh terfikir untuk berpoligami dengan saya? Dibuatnya pula kemudahan untuk berpoligami di negeri itu, sakitnya hatiku," luahnya lagi, merujuk poligami dikatakan tidak perlu mendapatkan persetujuan isteri pertama.

Hidup bermadu adalah sesuatu yang sukar dilakukan wanita bergelar isteri. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan simpati terhadap wanita itu yang berdepan dengan ujian berganda membabitkan suami dan rakan baik sendiri.

"Macam ni, tepuk tangan sebelah takkan berbunyi. Tak layan maka tak jadi, di sini kedua-duanya melayan dan sanggup mengkhianati.

"Zaman sekarang ni, kawan baik pun boleh tikam belakang. Dia bukanlah kawan baik awak dan suami awak bukan lelaki yang baik.

"RM50,000 tu entah-entah dia buat pinjaman peribadi. Biarlah bini baharu dia menanggung sama hutang RM50,000 tu.

"Jika mampu, bertahanlah puan. Jika tak mampu dah, terserah pada puan membuat keputusan untuk diri, anak-anak dan kelangsungan hidup tanpa tertekan sepanjang hidup," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain