PENDEDAHAN mengenai kecurangan dalam rumah banyak dikongsikan di media sosial hingga menimbulkan kebimbangan ramai. Malah seorang wanita juga tidak menyangka dia turut terpalit menjadi mangsa perbuatan curang suaminya sendiri. Menerusi satu hantaran tular, wanita berkenaan berkongsi video dia menerjah seorang lelaki dipercayai suaminya sedang berdua-duaan di dalam sebuah kereta. "Selalu saya tengok orang je, kali ni saya yang kena. Sakit dia makan dalam. Dapat tahu daripada rakan sekerja kilang dia, rupanya sudah banyak kali keluar bersama cuma tak ada bukti saja. "Daripada awal suami kerja, saya dapat rasa perubahan dia ketara sangat. Saya menyesal suruh dia masuk balik bekerja dekat situ," katanya. Tangkap layar video yang dikongsikan wanita itu. Menurut dakwaan wanita itu, suaminya berlaku curang dengan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan rakan sekerja di sebuah kilang tempat suaminya bekerja. Katanya lagi, sebelum ini dia sudah dapat 'menghidu' perbuatan suaminya namun tidak mempunyai bukti. "Mereka sudah lama bersama dalam kilang tanpa saya tahu. Warga asing tu takkan boleh bertepuk sebelah tangan. "Kenapa dia perlu seksa jiwa dan hati saya? Saya ada hati dan perasaan juga. Tak perlu pun awak seksa saya macam ni. Boleh je awak jujur daripada awal (bahawa) awak sayang dia. "Sudah banyak kali kantoi sebenarnya tapi dia salahkan saya semula... saya tak ada bukti kukuh. Tapi sekarang Allah bukakan hati untuk saya cari suami pada Jumaat malam tu juga," ujarnya lagi tanpa mendedahkan tarikh dan masa sebenar dia 'menangkap' perbuatan curang suaminya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Baru lembut hati rujuk dengan suami 3 kali kantoi curang, isteri nekad cerai sekali lagi... Terkejut tiba-tiba ada madu! ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang kali kedua tapi mati-mati tak mengaku... Sanggup sumpah atas nama Allah bimbang lafaz taklik dikira sah Berdasarkan video berdurasi satu minit dan 12 saat itu, kedengaran wanita itu beremosi dan gagal menahan kemarahannya. "Apa semua ni sayang? Kenapa macam ni? Dia curang! Suami saya... suami saya dia ambil," ujar wanita itu yang kedengaran meraung ketika merakamkan kejadian. Kedengaran wanita yang bersama dengan suaminya itu cuba memberi penjelasan kononnya pertemuan mereka hanya untuk mengambil buah durian semata-mata. Bagaimanapun isteri kepada lelaki itu tidak mempedulikan penjelasan dibuat wanita tersebut. "Kau siapa? Apa masalah kau. Aku sudah agak dah kau (skandal)," katanya kepada wanita tersebut. Kadang sedih bukan sebab apa pun... sebab kita setia tapi dibalas kecurangan. NETIZEN Kemudian, suaminya cuba menenangkan situasi tegang itu dengan menjelaskan dia tidak lagi mahu meneruskan hubungan dengan isterinya. "Sudah la. Aku dah tak nak kau dah," kata suaminya kepada si isteri yang sedang menangis. Dalam hantaran sama, wanita ini menjelaskan bahawa perkahwinan yang dibina selama tiga tahun akan berakhir dengan sebuah perpisahan. Difahamkan pasangan ini sudah dikurniakan cahaya mata namun suaminya didakwa selalu mengabaikan anak mereka selepas kehadiran orang ketiga. "Saya bersyukur Allah tunjukkan juga. Patut selama saya bersama, dia mesti menjauhkan daripada saya. Dapat rasakan ada benda yang tak kena dengan dia ni sampai anak pun jarang jumpa dengan dia. Komen netizen pada video dikongsikan. "Masa cuti beberapa kali je dia pegang dan jaga anak. Saya ni kalau sudah sayang memang susah nak lepaskan. Tapi kalau dah dia menyeksa jiwa dan hati, memang tak terima dan akhirnya berpisah jua. "Semoga saya mendapat keadilan daripada mahkamah. Doakan saya... terima kasih kerana menjadikan saya isteri awak selama tiga tahun yang sia-sia," ujarnya. Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen selepas dikongsikan semula oleh beberapa pelayar di platform media sosial lain. Rata-ratanya bersimpati dengan nasib malang menimpa wanita ini selepas cintanya dikhianati suami. "Kadang sedih bukan sebab apa pun... sebab kita setia tapi dibalas kecurangan. "Susah-susah je menangis. Belit je kepalanya dekat stereng. Dasar biawak tak kenang budi "Nampak sangat bini dia sayang dia (suami) betul-betul sebab dia menangis bukan mengamuk macam orang lain," komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube