suria

Pemilik bengkel bijak ajar pelanggan tuntut ‘spare part’ ditinggalkan 4 tahun lepas, minta ganti rugi kalau barang dah tiada

Pelanggan tiba-tiba muncul membuat tuntutan selepas empat tahun. -Gambar hiasan

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga.

Begitulah nasib yang dialami seorang pemilik bengkel apabila pelanggannya tiba-tiba muncul membuat tuntutan barangan peribadi selepas empat tahun menyepikan diri.

Pada masa sama, dia berdepan masalah kewangan sehingga diisytihar muflis dan telah menutup bengkel yang diusahakan sebelum ini.

Berkongsi cerita, dia mengaku terkejut apabila menerima mesej daripada seorang individu yang mengaku sebagai pelanggan lamanya dan ingin bertemu kerana mempunyai urusan.

Sebahagian tangkap layar perbualan mereka yang tular di media sosial.

Sebahagian tangkap layar perbualan mereka yang tular di media sosial.

Bagi dirinya, dia memang sudah tidak dapat mengingati pelanggan tersebut apatah lagi nombor telefon yang digunakan tidak berada dalam senarai kenalannya.

"Kedai dah tak buka, muflis bang... dah setahun lebih tutup," ujarnya sambil bertanyakan tentang 'urusan' yang dimaksudnya oleh individu berkenaan.

Pelanggan itu berkata dia pernah membuat pemasangan komponen kereta jenis Perodua Kelisa berwarna putih semasa berada di Jitra, Kedah dan ingin mendapatkan semula barangan tersebut.

Malah kata pelanggannya itu, pemasangan dibuat kira-kira empat tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjual nasi lemak ditipu pelanggan buat pembayaran guna kod QR... Bayar lebih lepas kantoi, minta maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Penjual laksa pelik wanita misteri beli 3kg kuah laksa setiap hari, sudah 5 bulan! Terkejut dapat tahu siapa pelanggan sebenar

Meskipun pelik dengan permintaan berkenaan, dia tetap melayan pemuda itu dengan baik dan menyatakan kesemua barangan yang terdapat di bengkel telah dijual kepada peraih barang terpakai selepas premis ditutup.

Bagaimanapun, pelanggannya tetap mendesak supaya komponen kereta yang dimahukan diberikan kepadanya dan menggesa bayaran ganti rugi RM650 jika tidak boleh mengembalikan barang.

Bukan itu sahaja, pelanggannya turut mengugut akan menularkan tentang dirinya di media sosial jika kehendak tidak dituruti.

Bimbang dirinya dan keluarga dimalukan, dia kemudian berjanji akan membuat bayaran seperti yang diminta dalam tempoh terdekat.

Terbaik bro. Macam-macam perangai manusia, apa-apa pun semoga dipermudahkan dan dimurakan rezeki sekeluarga.

WARGA MAYA

"Saya akan ganti tapi bagi masa sebab sekarang makan gaji, dapat bulan-bulan pun saya selesaikan hutang orang dulu.

"Banyak nak tanggung, apabila ada duit atau dapat barang nanti saya maklum semula," ujarnya kepada pelanggan terbabit.

Desakan demi desakan yang diterima membuatkan dia tertekan dengan situasi dialami.

Tambahan pula, individu tersebut seolah-olah tidak memahami kesukaran yang dilaluinya meskipun telah dijelaskan.

Pelanggan gemar meninggalkan barang mereka di bengkel kenderaan selepas membuat ubah suai. -Gambar hiasan

Pelanggan gemar meninggalkan barang mereka di bengkel kenderaan selepas membuat ubah suai. -Gambar hiasan

Justeru, dia meminta individu tersebut menunjukkan resit pembelian bagi mengesahkan penukaran komponen dilakukan di bengkelnya seperti yang didakwa supaya ganti rugi dapat dilakukan.

Pada masa sama, dia turut menuntut supaya pelanggannya itu membayar upah sewa sepanjang tempoh dia meninggalkan barang peribadi di kedainya yang berjumlah RM7,300.

Bagaimanapun, selepas membuat perkiraan, dia sekali lagi terkejut apabila pelanggannya itu terus menyekat nombor telefonnya.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya bersetuju dengan tindakan pemilik bengkel tersebut kerana bertegas dengan sikap pelanggan yang tidak bertimbang rasa.

"Puas pula hati ni, kena pada dia... terus hilang dari radar.

"Terbaik bro. Macam-macam perangai manusia, apa-apa pun semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki sekeluarga.

"Pernah kena macam ni, bertahun tak ambil... telefon tak jawab, WhatsApp tak berbalas. Saya jual pada runner kedai potong, tiba-tiba dia hubungi minta balik tapi lepas tanya resit terus ajak gaduh," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain