suria

Geram saudara dianiaya suami, wanita sokong kaum Hawa minta wang hantaran tinggi! Ramai tak setuju, Islam tak wajibkan

Pemberian hantaran sudah menjadi sebahagian adat dalam perkahwinan masyarakat Melayu. -Gambar hiasan

DALAM Islam, pemberian wang hantaran tidak termasuk sebagai perkara wajib dalam urusan pernikahan.

Sebaliknya, ia merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang mana nilainya dipersetujui oleh kedua-dua pihak, untuk diberikan kepada keluarga perempuan.

Biarpun tidak wajib, namun adat memberi wang hantaran dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu sudah diamalkan sejak berkurun lamanya dan seakan-akan sukar untuk dihapuskan.

Bagaimanapun, setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza mengenai hal ini.

Dalam satu hantaran di media sosial, seorang wanita bertegas menyatakan pendiriannya bahawa pihak perempuan sewajarnya meletakkan wang hantaran yang tinggi kepada bakal suami.

hantaran 2

Kebahagiaan pasangan tidak terletak pada nilai hantaran. -Gambar hiasan

Hujahnya, nilai tinggi penting untuk mengukur kesungguhan seorang lelaki yang mahu menyunting wanita yang bakal menjadi pasangan sehidup sematinya.

"Kenapa perlu minta hantaran mahal? It's effort lelaki tu kita nak tengok. Tahap mana kesungguhan kau nak jaga anak orang," tulisnya.

Tambah wanita itu, pandangan peribadinya juga dilontarkan berdasarkan kisah yang berlaku kepada saudara terdekatnya, yang terkontang-kanting selepas diabaikan suami sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami ‘overspend’, wang hantaran jadi ‘mangsa’! Dah la minta diskaun, sibuk pertikai kos majlis belah perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami beri peringatan! Wang hantaran kongsi bayar, selepas kahwin tiada nafkah duit... Mahu terus beri RM800 untuk mak ayah

"Bini balik kena masak, dengan tengah bawa perut sampai ke nak beranak, kau langsung tak menolong. Tak bawa pergi hospital. Memang jantan tak guna.

"Inilah salah satu sebab kenapa hantaran kena mahal. Mahal tu tidaklah berbelas ribu, komer," terangnya.

Minta ikut kemampuan sudah. Kehidupan selepas kahwin lagi penting.

NETIZEN

Ceritanya lagi, suami kepada saudara perempuannya itu bijak berlakon dan hanya selepas mendirikan rumah tangga, 'belang' lelaki tersebut terserlah.

"Sebelum kahwin tak risik ke? Oh namanya manusia... pandai bersandiwara.

"(Kini) Bercerai sudah... sambil bini menanggung anak dua ketul. Anak last tak pernah ditengok bapanya sampai sekarang," luahnya lagi.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Sebahagian daripada mereka berpandangan hantaran yang tinggi hanya akan membebankan lelaki dan merumitkan urusan untuk menghalalkan hubungan pasangan.

komen hantaran

Sebahagian komen warga maya terhadap posting wanita berkenaan.

"Minta ikut kemampuan sudah. Kehidupan selepas kahwin lagi penting. Gaji minima tak lepas nak buat loan dengan bank. Last last hutang ahlong berlesen.

"Maaf tak sokong idea ni sebab tiada dalam Islam pun kan. Awal-awal dah 'paw' lelaki then harap dia sara bini dan anak? Patut ringankan beban dia, so dia akan ada duit yang secukupnya untuk sara bini dan anak dia," komen netizen.

Dalam masa yang sama, ramai berpandangan bahawa nilai hantaran yang tinggi bukanlah jaminan kebahagiaan rumah tangga.

"Aku hantaran tak tinggi, susah senang sama-sama. Harap berkekalan. Cuma kesian dekat abang aku, perempuan minta hantaran tinggi tapi lepas tiga bulan minta cerai... alasan tak serasi.

"Saya berkahwin dengan suami hantaran sikit je, majlis pun cuma doa selamat untuk 150 orang. Alhamdulillah bahagia hingga ke hari ni, suami jaga sangat baik waktu mengandung dan pantang," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain