RAKAMAN tular menunjukkan seorang pemuda membantu wanita yang baru terbabit dalam kemalangan mendapat pujian ramai. Seperti yang dipaparkan dalam video, netizen kagum apabila lelaki ini tidak mengambil kesempatan dengan memegang mana-mana anggota badan mangsa ketika memberi bantuan. Bagaimanapun, menerusi kapsyen pada video yang dimuat naik di TikTok Nang, lelaki ini membuat permohonan maaf secara terbuka sekiranya pasangan wanita itu melihat video yang tular berkenaan. Tangkap layar video ketika kejadian kemalangan dikongsikan Nang. "Sebelumnya saya minta maaf kalau akak (mangsa kemalangan) ni ada kekasih atau tunang. Saya tak kenal dengan akak ni, saya cuma tolong je. "Saya pun macam takut juga nak pegang sebab tak kenal kan. Apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan akak ni," ujarnya. Jika diteliti pada video, kelihatan mangsa meletakkan kepala pada bahu lelaki tersebut selepas terbabit dalam kemalangan. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kagum bangsa lain bantu rider Melayu kemalangan, pelanggan dapat order lewat harap bersabar - “Setandan pisang, tak semuanya busuk” ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dirempuh ketika tolong pengantin terbabit kemalangan meninggal dunia! Abang anggap adiknya wira tak didendang Malah, kelihatan terdapat kesan darah pada tisu yang disumbat ke dalam hidung wanita ini ketika dia berpaut memegang lengan Nang. Nang yang menceritakan tentang kejadian itu berkata, dia dan rakan-rakannya melihat sendiri kemalangan melibatkan wanita itu yang berlaku di hadapan mereka. "Ceritanya macam ni, dia tu baru balik kerja kot. Mungkin penat kan... dia nak elak daripada anjing yang tiba-tiba lari dekat tengah jalan. "Tak pasti la kena langgar ke tak anjingnya. Saya nampak dia sudah jatuh dekat tengah jalan. Kalau dua-dua bujang, anda berdua kahwin saya sponsor kek tau. NETIZEN "Kami (Nang dan rakan-rakan) naik kereta. Nasib baik kawan saya sempat elak. Terus parkir tepi. Angkat dia dengan motor dinaiki sekali ke tepi jalan," ujarnya lagi. Dalam video tersebut, pemuda ini yang duduk mencangkung dilihat hanya kaku sambil menenangkan mangsa. Video yang meraih lebih 1.7 juta jumlah tontonan itu mendapat reaksi netizen di ruangan komen di TikTok. Rata-ratanya berasa senang dengan sikap lelaki budiman itu terhadap golongan wanita. Komen netizen di TikTok. "Kalau dua-dua bujang, anda berdua kahwin saya sponsor kek tau. "Muka rempit memang selalunya anak yang baik. Adik saya pun pernah macam ni. Muka gangster tapi layan saya macam layanan seorang puteri. "Tak apa bang. Dia cuma perlukan kekuatan dan ketenangan untuk melawan rasa sakit tu. Kalau ada pasangan insyaAllah pasangan dia boleh faham. Kalau tak boleh faham, awak boleh ganti," kata netizen di ruangan komen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube