SETIAP ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Selain memanjakan, ada yang mengutamakan disiplin dan menetapkan pelbagai peraturan ketat bagi mengelakkan anak-anak terpengaruh dengan budaya negatif. Bagaimanapun, ketegasan tersebut sering disalah anggap oleh anak-anak terutama mereka yang berada dalam fasa remaja sehingga akhirnya berlaku 'pemberontakan' dalam diri. Menerusi satu perkongsian di laman TikTok, seorang remaja perempuan meluahkan rasa tertekan kerana mempunyai ibu bapa yang sangat tegas dalam setiap perkara. Kebanyakan ibu bapa tegas dalam mendidik anak-anak. -Gambar hiasan Dia yang tidak mendedahkan identiti diri turut menyenaraikan setiap peraturan yang ditetapkan kedua orang tuanya. "Wajib lulus peperiksaan, kalau tidak telefon kena 'sita'. Sentiasa kena skor waktu peperiksaan, matematik kena skor. "Tudung pun tak boleh singkat (pendek), kalau tidak kena rotan... tak pakai stoking pun kena rotan," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Dari sekolah rendah ke menengah, bapa diam-diam ekori anak dari jauh... Kantoi masa bawa kereta ke universiti ARTIKEL BERKAITAN: Anak jadi agresif sejak bercerai! Ibu fobia, dah tak mampu ‘handle’... Mahu minta bantuan JKM - “Dah sampai tahap bergelut, potong tangan” Menurut gadis ini lagi, ketegasan ibu dan bapanya membuatkan dia sentiasa berwaspada dan hidup dalam ketakutan sehingga bunyi tapak kaki mahupun kunci orang tuanya pun sudah 'terpatri' dalam fikiran. Bukan itu sahaja, dia juga terikat dengan 'family link' jalur lebar yang membolehkan ibu bapanya mengelola dan mengakses data internet termasuk sejarah carian. Bagaimanapun, katanya, dia dibenarkan untuk bercinta seperti remaja perempuan yang lain namun kekasihnya perlu bertemu dengan keluarga terlebih dahulu. Satu hari nanti kau akan faham dik dan bersyukur dapat strict parents. WARGA MAYA "Nak bercinta boleh, kena bagi parents kenal... kawan pun dengan orang yang mereka kenal je dan tak boleh bergaul secara bebas. "Jika 'kantoi' couple, boleh mampus (meninggal dunia)," luahnya sambil menyatakan dirinya umpama dikongkong dan sentiasa diperhatikan. Malah katanya, situasi yang dialami itu menyebabkan keadaan mentalnya tidak stabil. Warga maya memintanya bersyukur kerana memiliki ibu bapa yang tegas. Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Ramai yang bersetuju dengan tindakan kedua-dua orang tuanya dan menyatakan dia akan bersyukur kerana memiliki ibu bapa yang tegas dalam mendidik anak-anak. "Satu hari nanti kau akan faham dik dan bersyukur dapat strict parents. "Awak akan jadi wanita 'mahal' yang bermaruah dik apabila masuk fasa nak kahwin nanti. Jadi tak perlu bercinta, parents awak cuma nak yang terbaik dalam pelajaran dan agama. "Bersyukurlah dapat ibu bapa yang tegas, tersalah langkah sekali... tak akan dapat diundur lagi. "Akak dari keluarga ibu bapa tegas tapi bersyukur sangat-sangat dan berterima kasih pada mak ayah. Cuba bayangkan kalau aku terhanyut, menyesal tak berguna... dah tua ni baru sedar kenapa mak ayah kongkong dulu," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube