suria

Sanggup tak bercuti, rela pakai kereta lama... Wanita canang bayar pelan takaful RM1,500 sebulan - “Lindungi diri dahulu”

Lindungi diri dan orang tersayang daripada kejadian tidak dijangka dengan pelan insurans. -Gambar hiasan

KOS perubatan yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit menyebabkan ramai individu memilih untuk mendapatkan pelan perlindungan insuran atau takaful.

Dengan adanya insuran atau takaful, mereka boleh mendapatkan rawatan lebih selesa di hospital swasta tanpa perlu menunggu lama di fasiliti milik kerajaan.

Di Facebook, seorang wanita meraih perhatian netizen apabila mendedahkan dia membayar caruman takaful sebanyak RM1,500 setiap bulan untuk dia dan keluarga.

WhatsApp Image 2024-07-07 at 1.16.54 PM

Setiap ibu bapa pastinya mahu anak-anak mereka mendapat perlindungan perubatan yang terbaik. -Gambar hiasan

"Saya spend takaful untuk famili RM1,500 sebulan guys. Sebab itu tak beli kereta baharu dan tak cuti-cuti 1 Malaysia. Lindungi diri dahulu," tulisnya.

Perkongsian wanita itu tular dalam kalangan pelayar Facebook sehingga ia dihujani lebih 500 komen netizen.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu memuji tindakan wanita itu yang dianggap bijak kerana mengutamakan perlindungan buat keluarga.

Ambil sampai ribu-ribu ni bukan keperluan dah... jenis ambil tapi tak kaji polisi.

NETIZEN

Malah, mereka turut berkongsi kisah serupa apabila sanggup mengorbankan gaya hidup mewah demi mendahulukan diri dan keluarga.

"Saya bayar RM2,500 untuk hibah dan insuran tiap bulan untuk saya, suami dan anak-anak. RM2,500 tu boleh beli kereta jenis apa-apa je, tapi saya pilih pakai kereta biasa. Yang penting perubatan keluarga.

"Tahniah puan, jarang orang ada kesedaran macam ni. Perlindungan diri dahulu, lebihan wang baru buat simpanan dan berbelanja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak jual insurans pun” - Gadis resah duit dalam akaun bertambah, Maisarah yang masukkan!

ARTIKEL BERKAITAN: Berang kerenah insurans selepas kereta teruk dilanggar, 98 hari masuk bengkel... wanita tuntut penjelasan, apa sebenarnya berlaku?

"Saya ahli keluarga sembilan orang... hampir RM1,700 carum sebulan untuk semua. Nak tukar kereta pun tak berani, takut tercicir takaful," tulis beberapa pelayar Facebook.

Hantaran tersebut turut ditularkan di platform X, namun ia menerima reaksi berbeza apabila ramai yang mengecam tindakan wanita itu.

"Beribu-ribu habis bayar takaful tiap bulan. Geleng kepala aku baca. Dah la kena henyak dengan inflasi, kena scam pula dengan 'takafool'.

"Nak spend duit pergi jalan-jalan pun tak ada. This is modern slavery," ciap individu yang menularkan tangkap layar perkongsian wanita itu.

WhatsApp Image 2024-07-07 at 1.17.11 PM

Ibu bapa sanggup berbelanja besar demi pendidikan dan perubatan anak-anak. -Gambar hiasan

Beberapa pelayar X turut meluahkan rasa kasihan terhadap wanita itu atas kesanggupannya membayar jumlah insuran yang tinggi setiap bulan.

"Kesian famili tak boleh pergi bercuti, tapi ejen semua pergi luar negara dan ada BMW setiap seorang.

"Gila, sampai RM1,500 untuk takaful. Coverage berjuta ke? Ke kena tipu dengan ejen?

"Ambil sampai ribu-ribu ni bukan keperluan dah. Jenis ambil tapi tak kaji polisi," tulis pelayar X pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain