suria

Lelaki sanggup serah kad bank gaji, ‘cagar’ data peribadi... Terdesak cari individu sudi beri pinjam RM20,000

Jangan membiarkan tunggakan hutang membebani hidup kita. -Gambar hiasan

INDIVIDU yang terjerat dengan hutang keliling pinggang pastinya hidup dalam keadaan tertekan.

Selain komitmen asas kehidupan, wang gaji setiap bulan juga terpaksa dihabiskan untuk melunaskan hutang.

Di media sosial, tular luahan seorang individu yang kini hidup tidak tenteram apabila dia terikat dengan pinjaman berjumlah hampir RM16,000.

hutang2

Aktiviti harian termasuk pekerjaan juga akan terganggu sekiranya kita dibelenggu hutang. -Gambar hiasan

Selain membayar pinjaman berlesen, dia mengakui tertekan kerana terdapat beberapa hutang lain yang perlu dibayar setiap bulan.

"Saya mencari funder bukan untuk fund bisnes tapi minta untuk selamatkan saya dan juga dapat keuntungan daripada ini. Saya nak selesaikan loan saya dekat pinjaman berlesen.

"Perlukan lagi RM15,800 untuk settle (pinjaman berlesen). Selepas bayar hutang lain, baki gaji saya tinggal RM1,060. Jumlah yang tinggal tu untuk bayar pinjaman berlesen.

Ini bukan gali lubang tutup lubang tapi saya nak tutup hutang pinjaman berlesen.

PENGADU

"Saya dah tak tahan lagi hidup macam ni. Dah empat tahun saya hanya membayar saja, tak habis-habis. Semua gaji habis dekat bayar pinjaman berlesen," luahnya.

Menurut pengadu, dia membuat perkongsian di media sosial bagi mencari individu yang sudi meminjamkan wang berjumlah RM20,000 kepadanya.

Jelasnya, wang itu akan digunakan untuk melunaskan hutang, selain membantunya meneruskan kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baki gaji tinggal RM700, staf ‘gomen’ cuba nasib tambah hutang! Masih ada hati mohon pinjaman peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Hutang 6K dengan saudara, suami isteri ‘alim’ enggan bayar! Anggap tak wajib sebab pemiutang tak solat

"Ada yang sudi ke nak tolong fund RM20,000? Baki tu saya pinjam untuk survive hidup. Tuan atau puan ambil terus kad bank saya pun tak apa. Saya tidak menukar akaun gaji.

"Saya tidak mahu menipu. Saya tidak tahan lagi hidup membayar tidak habis-habis hutang itu bantulah saya," ujarnya lagi.

Menurut individu itu, dia juga akan menyerahkan segala butiran peribadi untuk memberi keyakinan kepada sesiapa yang mahu membantu memberikan wang kepadanya.

hutang1

Ramai individu terjerat dengan pinjaman wang berlesen serta Ah Long. -Gambar hiasan

"Segala detail saya akan bagi. Tempat tinggal, alamat tempat kerja, contact isteri, contact ibu dan ayah. Tolong saya merayu sangat-sangat jika ada yang mampu tolong saya.

"Ini bukan gali lubang tutup lubang tapi saya nak tutup hutang pinjaman berlesen saya. Sudah empat tahun hanya habis duit membayar. Ambil semua gaji saya.

"Saya bayar selama 24 bulan pada tuan dan puan. Ada keuntungan sikit yang akan tuan dan puan dapat," luahnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain