SETIAP individu mempunyai kisah silam masing-masing dalam hubungan percintaan sebelum akhirnya bertemu jodoh. Bagaimanapun, dalam hubungan cinta yang tidak kesampaian, ada dalam kalangan kita tidak dapat menerima hakikat ini sehingga sukar untuk meneruskan kehidupan. Melalui satu hantaran di Facebook, Nurzuliana Nazurah Abdullah mendedahkan tentang kisah rumah tangganya yang diganggu oleh bekas teman wanita suaminya sejak empat tahun lalu. "Rumah tangga saya diganggu oleh bekas teman wanita suami sejak 2020 lagi. Dah bermacam-,macam cara dia buat. "Termasuk mengaibkan suami saya dengan buat akaun media sosial palsu. Post gambar-gambar tak sepatutnya. Ada individu sanggup godam akaun media sosial bekas kekasih kerana tidak boleh 'move on'. -Gambar hiasan "Dia pun ada mesej di WhatsApp suami pujuk rayu suruh tinggalkan saya dan anak-anak," ujarnya menceritakan masalahnya dalam grup Tanya Peguam. Menurut Zuliana, keadaan menjadi lebih parah apabila wanita tersebut dipercayai berjaya menggodam akaun media sosial suaminya. Malah, wanita itu juga bertindak memuat naik foto lama bersama suami Zuliana sewaktu mereka masih bercinta. Perkara itu hanya disedari oleh pasangan suami isteri ini selepas menerima emel memaklumkan terdapat aktiviti mencurigakan pada akaun media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu nak lacur bini, kini gila talak! Lelaki ‘panas’ tengok bekas isteri bertunang, canang sana sini masih belum cerai ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak kahwin, wanita terima pinangan laki lain... Tinggal pakwe sehari sebelum nikah, kini gila bayang teringat ex-BF "Pagi tadi wanita itu log masuk Facebook, WhatsApp dan Instagram suami dan post gambar mereka dalam keadaan yang tak berapa elok. Tak pasti macam mana dia (akses) log masuk. "Kedai telefon kata mungkin dia buat tekaan kata kunci tapi kami tak perasan sebab pagi-pagi semua sibuk urus anak sekolah. Saya dah tak tahan lagi. "Apa tindakan undang-undang saya boleh buat ye. Boleh ke saya lantik peguam tulis LOD (letter of demand) minta dia hentikan tindakan dia," dia bertanya, buntu. Katanya lagi, sudah 10 laporan dibuat di tiga balai polis dan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berikutan gangguan rumah tangga yang berlaku namun katanya tiada tindakan lanjut diambil. "Pejabat agama pun dah pergi. Tak boleh buat apa pun.saya pula dia suruh pergi balik betulkan sembahyang," tambahnya lagi yang tinggal di Muar, Johor. Walaupun sudah empat tahun bertahan, Zuliana berkata hubungan mereka sebagai suami isteri masih baik dan dia tidak berhasrat untuk bercerai. Suami yang kena minta mainkan peranan lebih agar si 'hantu jembalang' tu tak ganggu keluarga sis lagi. NETIZEN Berdasarkan tulisannya di ruangan komen, Zuliana dipercayai baru sahaja melahirkan anak dan sedang berpantang. Hantaran tersebut mendapat perhatian di Facebook dengan ramai netizen memberikan cadangan sebagaimana diharapkan. "Bagi saya, kalau sis seorang je beria nak ambil tindakan, fikirkan fasal hal ni tapi suami buat diam je tak guna. "Suami yang kena mainkan peranan lebih agar si 'hantu jembalang' tu tak ganggu keluarga sis lagi. Terus kuat sis," komen netizen. Netizen memberikan cadangan. Dalam portal Peguam Syarie, terdapat tindakan boleh diambil oleh individu sekiranya berlaku gangguan orang ketiga dalam rumah tangga. Pihak suami atau isteri yang menjadi 'mangsa' boleh membuat aduan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam di negeri mereka bermastautin. Ini kerana kesalahan-kesalahan tersebut termasuk dalam kategori kesalahan jenayah syariah dan hanya Pendakwa Syarie yang mempunyai bidang kuasa untuk memulakan kes jenayah. Bahagian Penguatkuasaan akan meneruskan siasatan terperinci jika terdapat bukti yang kukuh berkenaan aduan tersebut dan seterusnya mendakwa pihak ketiga tersebut di Mahkamah Syariah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube