suria

Juruwang stesen minyak tanggung rugi RM3! Menangis terpaksa layan pelanggan wanita pandai ‘putar alam’

Kebanyakan wanita gemar mendapatkan khidmat pekerja pam semasa mengisi minyak. -Gambar hiasan

SETIAP pekerjaan mempunyai cabaran dan halangan yang tersendiri.

Bagi pekerja barisan hadapan seperti juruwang mahupun pegawai kaunter khidmat pelanggan, cabaran terbesar adalah mendepani ragam dan kerenah pelanggan yang pelbagai.

Menerusi satu hantaran tular, seorang lelaki berkongsikan realiti pekerjaan sebagai juruwang di sebuah stesen minyak.

Memulakan cerita, ujarnya kejadian yang berlaku pada 28 Jun lalu sekitar pukul 4.30 petang melibatkan rakannya dan seorang pelanggan wanita yang sedikit berusia.

“Aku jaga kaunter satu (kaunter tepi tingkap), kawan aku jaga kaunter dua. Pukul 4 petang ke atas memang considered as peak hour, jadinya dua-dua agak sibuk.

Pekerja pam minyak akan membantu pelanggan apabila diperlukan. -Gambar hiasan

Pekerja pam minyak akan membantu pelanggan apabila diperlukan. -Gambar hiasan

“Nak dijadikan cerita, ada seorang makcik ni datang nak isi minyak dekat kawan aku. Masa tu aku pelik juga kenapa kawan aku ni asyik ulang-alik dekat belakang aku, rupanya dia salah set minyak.

“Kawan aku terbuat 30 liter bersamaan RM61.50, kemudian dia tanya kalau 15 liter tolak RM3.35 jadi berapa. Aku jawablah 15 liter adalah RM30.75, jadi RM 27.40,” imbaunya.

Dia yang pelik diajukan tentang pengiraan itu cuba mendapatkan kepastian daripada rakannya selepas pelanggan meninggalkan kaunter.

“Aku tanya dia kenapa nak kena tolak, rupanya dia tersalah set dan ‘suami’ makcik tu sempat isi minyak sehingga RM3.35.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kiriman Tuhan bongkar kisah makcik nasi lemak kena scam... Pemuda tergamak minta RM100, konon nak belikan payung niaga

ARTIKEL BERKAITAN: Demi ‘pulangan’ pelaburan 10K makcik asnaf pakai lampin sanggup hutang sana sini! Tak hirau nasihat Cikgu Fadli, akhirnya gigit jari

“Jadi pengiraan tu betul dan makcik tersebut kena isi lagi RM27.40 (cukupkan 15 liter). Tapi malangnya, makcik tu datang balik dan tanya kenapa minyak 13 liter je.

“Kawan aku jelaskan yang ‘suami’ dia dah isikan awal tadi, kemudian makcik tu cakap yang suami dia dah lama meninggal,” jelas lelaki ini lagi.

Selepas menyelidik kejadian yang berlaku, rupa-rupanya salah seorang staf mereka sendiri telah membantu mengisikan minyak pada kenderaan pelanggan tersebut.

Susulan daripada itu, rakannya sekali lagi menjelaskan bahawa staf telah membantu mengisi minyak berjumlah RM3.35 sebelum dia menghentikan pengisian.

Ikutkan kawan kau memang salah. Makcik tu dah terang-terang nak 15 liter sahaja tapi kawan kau salah tekan kemudian staf luar yang isikan.

WARGA MAYA

Bagaimanapun, pelanggan tersebut enggan menerima penjelasan dan bertegas supaya skrin di pam memaparkan jumlah 15 liter seperti diminta.

“Makcik tu tak terima. Dia nak juga dekat pam tulis 15 liter. Masa ni makcik tu dah menjerit marah.

“Jadi aku cuba slow talk dengan kawan aku dan minta dia bagi tambahan RM3.35 lagi sebab makcik tu tak boleh bawa bincang. Keseluruhannya makcik tu dapat isi RM34.10,” tambahnya.

Sejurus selepas pelanggan terbabit meninggalkan stesen, rakannya mengalirkan air mata kerana sedih dengan situasi yang berlaku.

Pekerja pam terpaksa menanggung kerugian. -Gambar hiasan

Pekerja pam terpaksa menanggung kerugian. -Gambar hiasan

Ujar lelaki ini, dia kemudian memanggil staf yang membuat pengisian pada kenderaan pelanggan tersebut bagi mengetahui situasi semasa di luar.

“Aku tanya kenapa dia tak jelaskan pada makcik tu dan dia cakap dah jelaskan tapi makcik tetap tak mahu dengar.

“Rupa-rupanya masa makcik tu keluar kereta nak buat bayaran, dia dah pesan dengan staf luar supaya tolong isikan minyak,” jelasnya lanjut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya meluahkan rasa kurang senang dengan sikap pelanggan terbabit yang enggan menerima penjelasan.

Warga maya turut memberi reaksi kurang senang terhadap makcik terbabit.

Warga maya turut memberi reaksi kurang senang terhadap makcik terbabit.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hampir sama ketika bertugas sebagai juruwang.

“Memang ada pelanggan macam ni, aku pun pernah hadap juga.

“Nasib lebih RM3 je, kalau banyak memang sakit. Belajar daripada kesilapan, apa-apa pun kena ada komunikasi dengan staf luar juga supaya tak berlaku salah faham,” ujar beberapa warga maya.

Dalam pada itu, segelintir netizen lagi mempertahankan tindakan pelanggan berkenaan dan menyatakan kesalahan dilakukan sendiri oleh pihak kaunter.

“Ikutkan kawan kau memang salah. Makcik tu dah terang-terang nak 15 liter sahaja tapi kawan kau salah tekan kemudian staf luar yang isikan, tiba-tiba makcik ni kena bayar lebih atas kecuaian orang lain.

“Kes ini memang kau orang yang salah walaupun sebenarnya betul... kalau aku jadi makcik tu pun aku nak pastikan betul 15 liter dan nak resit 15 liter juga. Jadinya terpaksa telan walaupun pahit,” tambah segelintir warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain