BAGI ramai pengguna media sosial, wanita dikenali sebagai Hanna Ali cukup dikenali dengan kebolehanan mencari petunjuk untuk menjejaki barang atau individu yang hilang. Apa yang mengejutkan, wanita itu sebenarnya sudah berkongsi petunjuk tentang kehilangan Allahyarham Nur Farah Kartini pada 10 Julai lalu sebelum mayatnya ditemukan pada Isnin, 15 Julai. Dalam perkongsian di Facebook pada 11 Julai, Hanna berkata dia mendapat petunjuk mengaitkan kehilangan Allahyarham dengan individu berusia belasan tahun atau 20-an. Mayat Nur Farah Kartini ditemukan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada Isnin. "Berkait dengan budak belasan tahun atau 20-an, dia berada di bawah sesuatu. Insya-Allah boleh dapat balik, Wallahualam," ujarnya. Namun kata wanita itu, petunjuk yang diperolehnya berubah pada keesokan harinya. "Hari ini kedudukan dia di atas, 11 Julai 2024. Atas ni sama ada dalam kenderaan atau dalam rumah atas," kongsinya lagi. Saya tak perlu berdebat dengan orang yang tak faham hint saya... petunjuk ni semua dengan izin Allah. HANNA ALI Rentetan itu Hanna turut berkongsi tangkap layar perbualan melalui Facebook Messenger dengan seorang individu yang mendakwa sebagai rakan Allahyarham pada 13 Julai. "Hari pertama dia hilang, saya dah bagi hint. (Hari) kedua dalam kenderaan, hari ketiga di tengah. Dia naik kereta orang yang dia kenal ke? "Hint ni tak boleh bagi semua tarikh. Petunjuk ni Allah yang izinkan. Kalau saya tengok untuk hari semalam (12 Julai), dia berada di tengah. ARTIKEL BERKAITAN: Posting terakhir Nur Farah Kartini ‘road to convo’ bikin sebak, keputusan cemerlang 4 flat - “Bakal guru hebat tak sempat nak berbakti” ARTIKEL BERKAITAN: Nur Farah Kartini pemurah... Tak dapat balik, sanggup 'transfer' duit rai rakan di kampung sambut birthday "Tengah ni maksudnya dalam hutan, semak, air laut, sungai. Ini salah satu maksud tengah. Last detect kat mana? Dia diculik atau dia ikut someone?" tulis Hanna kepada rakan Allahyarham. Menurut Hanna lagi, dia hanya berkomunikasi dengan dua rakan Allahyarham menerusi Messenger dan WhatsApp. "Petunjuk tu tetap akan dapat sama kalau orang datang bertanya lagi pada saya walaupun dah banyak hari hilang. Hint saya tetap sama saya bagi pada sahabat arwah. Hanna dihujani mesej netizen yang mahu meminta bantuannya bagi mencari petunjuk kehilangan orang atau barang. "Seorang perempuan seorang lagi lelaki yang chat di Messenger dan seorang lagi di WhatsApp. Saya tak perlu berdebat dengan orang yang tak faham hint saya. Petunjuk ni semua dengan izin Allah. "Apa pun kecaman orang pada saya. Alhamdulillah. Saya hanya bantu orang yang ingin dibantu. Bismillah, La Haw La Wala Quwatailla Billah, Allahuakbar," tulisnya dalam satu hantaran. Semakan di Facebook mendapati ramai netizen sering menghubungi Hana bagi mencari petunjuk barang, individu atau haiwan peliharaan mereka yang hilang. Seorang suspek direman bagi membantu siasatan kes itu. Untuk rekod, Nur Farah Kartini yang juga lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kali terakhir dilihat kira-kira 8 malam, 10 Julai. Laporan kehilangan gadis dari Sarawak itu dibuat pada 1.56 pagi, 11 Julai. Misteri kehilangan Nur Farah Kartini akhirnya terungkai apabila mayatnya ditemukan di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gegangsa, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, Isnin. Seorang suspek yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Balai Polis Slim River ditahan pada hari sama sebelum dia direman pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube