suria

Seram beli buah potong timbang di festival makanan! Peniaga nak cepat kaya letak banyak kuah rojak pekat, harga ‘melambung’

Penganjuran pesta atau festival makanan menjadi 'lubuk rezeki' buat peniaga. -Gambar hiasan

SEJAK kebelakangan ini, penganjuran festival makanan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, lebih-lebih lagi jika ada acara besar-besaran.

Selain menonjolkan pelbagai variasi makanan untuk dinikmati pengunjung, pesta makanan juga menjadi lubuk rezeki kepada golongan peniaga.

Dalam kemeriahan penganjuran pelbagai festival makanan, timbul pula kisah kurang enak yang mana ada segelintir peniaga cuba mencekik darah sehingga tidak masuk akal.

Dalam satu hantaran di TikTok, seorang wanita berkongsi pengalaman kurang sedap didengar ketika membeli buah-buahan potong dipercayai di sebuah festival makanan.

PETIS 1

Luahan yang dikongsikan individu berkenaan di TikTok. -Gambar hiasan (kanan)

"Aku ke salah anggap? Seller ni timbang kira harga selepas dia letak kuah petis dalam bekas tu. Mana aku tahu... sebab awal-awal aku tak nak letak apa-apa.

"Dia timbang, sekali aku cakap 'nak letak asamlah'. Then, seller tu ambil asam dan timbang lagi sekali. Aku macam 'takpe lah, sebab asam tak berat sangat'," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik Waja tak ‘kosong’, geram mekanik caj 1 set bolt RM145! Sanggup jalan kaki hampir 5km cari kedai alat ganti

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah tak sedap hati! Peniaga ditipu cara mudah, pelanggan order 720 set lunch, makan malam tapi tak datang ambil

Bagaimanapun ujarnya, dia terkejut apabila peniaga berkenaan turut melakukan perkara yang sama, iaitu menimbang buah potong yang dipesan pelanggan lain selepas menuang petis (kuah rojak) di dalam bekas yang sama.

Terus-terang memang tak berani beli buah timbang. Mahal yang amat.

NETIZEN

"Kesian dekat customer satu lagi tu. Dia beli dua bekas. Dua-dua letak kuah petis berat likat tu. Aku perhatikan... ya memang tak salah. Dia (seller) tuang banyak kuah petis berat likat tu dalam bekas, then baru timbang.

"Berat terus timbangan tu. Memang sekarang niaga buah potong timbang macam ni ke?" tulisnya lagi.

Perkongsian wanita berkenaan meraih perhatian netizen dengan rata-ratanya turut berkongsi pernah 'terkena' apabila membeli makanan di acara-acara seperti itu.

KOMEN PETIS

Komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Sama!! Kena juga dekat event hari tu. Ambil tiga ketul buah dan kuah petis. Tahu-tahu kena bayar RM30 lebih. Kita bajet RM10-RM15 je. Terus tak beli makanan lain dah.

"Terus-terang memang tak berani beli buah timbang. Mahal yang amat. Sebelum ni saya berniaga buah potong buat set letak harga siap-siap... senang customer tahu harga.

"Saya pernah kena bayar sekali RM37. Sedangkan saya ambil jambu tiga potong kecil dengan mangga dua potong kecil ja. Terkejut masa tu. Pertama dan terakhir beli buah timbang," kongsinya.

Sehingga kini perkongsian wanita berkenaan meraih lebih 170,000 jumlah tontonan di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain