suria

Staf restoran cakap tak pandang muka... ‘Rider’ beri pesanan menusuk kalbu, minta akak sombong ‘hadam’ sabda Nabi

Tangkap layar video rider itu yang tular di TikTok.

CUACA yang tidak menentu serta risiko kemalangan jalan raya menjadi cabaran utama buat pekerja khidmat penghantaran barang atau makanan.

Selain itu, layanan buruk oleh vendor atau restoran serta kerenah pelanggan turut menjadi cabaran besar buat mereka.

Di TikTok, seorang rider dikenali sebagai Fakhru Shah tular apabila dia berkongsi pengalamannya ketika berurusan dengan pekerja restoran restoran yang sombong.

Food delivery rider is seen making call during delivered food at Jalan Ampang during the movement control order on Thursday. AZMAN GHANI/ The Star

Segelintir individu suka memandang rendah terhadap pekerja khidmat penghantaran makanan. -Gambar hiasan

Video yang dikongsi itu ditujukan kepada seorang pekerja restoran makanan segera yang didakwa memberi layanan acuh tidah acuh ketika dia mengambil pesanan pelanggan.

"Rider ni kadang-kadang dia sampai dekat kedai, dia tanya dengan baik, kak order saya dah siap belum? Cuba kita jawab dengan baik. Maaf bang tak siap lagi, kalau siap saya beritahu.

"Kan elok jawab macam tu walaupun lama menunggu, sejuk hati kita apabila dengar. Ni akak jawab... sekejap tak siap lagi, kita sibuk. Dengan tidak berpalingnya. Sombong betul bercakap.

Jadi tolong jaga percakapan bila bercakap dengan orang, layan pelanggan dengan baik.

FAKHRU SHAH

"Kak, hina sangat ke kerja rider ni? Akak cari rezeki, saya cari rezeki, sama-sama kita cari rezeki," ujar Fakhru menerusi video yang meraih lebih 100,000 tontonan.

Dalam perkongsian sama, Fakhru menasihati wanita itu agar menjaga tutur katanya ketika berurusan dengan mana-mana individu.

Malah, dia turut membacakan sepotong sabda Nabi yang menyebut perihal sikap sombong manusia sebagai nasihat buat pekerja wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang ‘rider’ malas naik rumah, pelanggan buat keras kepala tak mahu turun - “Kau pandai-pandai la cancel makanan tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Malas hantar sampai depan pintu, rider tinggal makanan merata-rata... Pelanggan hubungi tanya status terus ‘reject’ tanpa notis

"Kalau video ni sampai kepada akak, saya cuma nak beritahu tak perlulah kak nak sombong dengan saya ataupun mana-mana rider atau mana-mana manusia.

"Akak pun kerja saya pun kerja, akak cari rezeki, saya pun cari rezeki. Saya bukan nak marah saya cuma nak beritahu sebab benda dah banyak kali berlaku.

"Jadi tolong jaga percakapan apabila bercakap dengan orang, layan pelanggan dengan baik. Ingat pesanan Nabi, tidak akan masuk syurga bagi orang yang ada di dalam hatinya sebesar zarah sikap sombong," ujarnya lagi.

Picture for parcel scam story use

Setiap individu berhak dilayan dengan baik tanpa prejudis walaupun mereka bekerja biasa-biasa sahaja. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, ramai netizen turut memberikan sokongan kepada rider itu dan berharap dia terus sabar dalam melakukan pekerjaan.

"Betul tu, pekerja fast food sekarang banyak yang layan pelanggan macam kita minta sedekah.

"Respect. Teruskan nasihat supaya mereka tak sombong.

"Betul tu. Kita kena sabar dalam mencari rezeki yang halal," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain