SETIAP daripada kita mempunyai bahagian rezeki masing-masing yang ditetapkan oleh-Nya. Sebagai umat, apa yang lebih penting adalah cara kita menzahirkan rasa syukur walaupun dengan sekecil-kecil nikmat. Begitulah mesej yang cuba disampaikan pengguna TikTok dengan nama Bob Cola kepada seorang pekerja servis penghantar makanan. Menerusi perbualan ringkasnya, pemuda berusia 18 tahun itu mengadu terpaksa bekerja pada hujung minggu untuk mencari duit tambahan bagi meringankan beban ibu bapanya. Bob menghulurkan sedikit sumbangan kepada pemuda ini. "Saya tengah study. Ni tengah cuti hari minggu jadi buat Grab. Dapat RM100 sehari, saya balik la. "Saya buat ni sebab nak kurangkan beban keluarga. Saya bukan orang senang," jelas pemuda itu. Dalam masa sama sama dia meluahkan rasa cemburu apabila tidak diberikan nikmat kemewahan seperti orang lain sebaliknya perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu. ARTIKEL BERKAITAN: Rider tolak upah RM500, pulangkan dalam peti surat depan rumah - “Aku syak makcik ini tak sihat” ARTIKEL BERKAITAN: Rider mengadu tak sedap badan, berpeluh tapi sejuk... Ramai terbayang bukan-bukan, takut pengsan masa bawa motor "Kadang-kadang saya cemburu tengok kawan-kawan nak dapat itu ini senang je, tapi saya kena kerja dulu baru dapat. "Saya sedih, (hidup) tak macam orang lain... saya bersusah payah nak capai apa yang saya nak. Ini pun dapat sambung belajar, nasib je," luahnya lagi selepas menyerahkan pesanan Bob. Selepas mendengar luahan pemuda itu, Bob mengambil peluang untuk memberi sedikit nasihat tentang kehidupan khususnya tentang bersyukur dengan rezeki. "Awak perlu bersyukur dengan apa yang awak ada sekarang ni. Awak dapat sambung belajar, boleh berjalan, boleh kerja hantar makanan. Itu pun rezeki untuk awak. Dia bukan cemburu tapi rasa terkilan kenapa orang yang dapat rezeki lebih tapi sia-siakan kelebihan tu. NETIZEN "Dalam (kelompok) umur awak 18 tahun ni, ada yang tak dapat sambung belajar, ada yang hidup mewah dengan harta mak ayah, ada yang sudah tiada mak ayah. "Jangan kita tengok hidup orang tu sedap (seronok), kita jadi iri hati. Allah tak jamin hidup kita kat dunia ni orang kaya, tapi kalau awak usaha, awak berjaya," katanya. Sebelum rider tersebut beredar, Bob sempat memberikan sejumlah wang kepadanya sebagai hadiah. Komen netizen pada hantaran asal. Jika diteliti pada ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pemuda dan pemilik video itu sentiasa dimurahkan rezeki. "Betul juga adik tu cakap. Dia bukan cemburu tapi rasa terkilan kenapa orang yang dapat rezeki lebih tapi sia-siakan kelebihan tu. "Semoga kedua-dua adik ni sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan, amin. "Sedih dengar kata-kata abang. Terima kasih atas nasihat abang. Tersentuh hati saya," demikian antara kata-kata netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube