RESAM orang berkahwin, pelbagai cabaran dan rintangan pasti datang menerpa. Antara yang kerap menjadi punca pertelingkahan adalah perselisihan faham dan sikap tidak bertolak ansur. Berkongsi pengalaman hidup sebagai suami isteri, seorang wanita yang enggan mendedahkan identiti berkata, dia sering mengamalkan sikap bertolak ansur sepanjang tempoh tujuh bulan mendirikan rumah tangga. Tambahan pula, dia mengetahui pendapatan suaminya tidak seberapa jika dibandingkan dengannya. Pasangan berkahwin gemar berkongsi gambar di media sosial. -Gambar hiasan “Gaji aku boleh dikatakan tiga kali ganda berbanding suami, masa kahwin aku tak minta langsung duit hantaran, mas kahwin ikut (nilai ditetapkan) negeri. “Barang hantaran cuma tiga, itupun dah termasuk dengan satu dulang letak mas kahwin dan cincin. Cincin kahwin pun pakai duit aku dulu bukan duit suami... semua sebab aku fikir tak mahu susahkan dia,” ujarnya di laman X. Meskipun mengakui sanggup berkorban tenaga dan kewangan, namun katanya jauh di sudut hati dia ingin suaminya menyediakan segala kemudahan dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘ditebuk’ kekasih mengaku bujang! Hilang arah lepas ditinggal suami orang, sendirian jaga ‘isi’ dalam perut ARTIKEL BERKAITAN: Suami orang berniaga di bazar sambil berskandal! Geng peniaga simpati fikir isterinya di rumah, tak sanggup bersubahat “Banyak kali aku rasa dia tak bersyukur dan tak tersentuh hati dengan apa yang aku korbankan. “Jauh di sudut hati, aku nak dapat selayaknya macam mana perempuan lain dapat masa kahwin atau baru berkahwin,” luahnya lagi. Sedih dengan situasi yang dialami, dia beranggapan layanan suaminya adalah disebabkan statusnya yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini. Malah baginya, rupa cantik yang dimiliki tidak menjaminkan kebahagiaan disebabkan statusnya sebagai janda. Awak kahwin dengan suami orang ni, jarang lelaki dah kahwin tak tunjuk gambar. WARGA MAYA “Walaupun aku ada rupa, aku tetap seorang janda, 'bekas orang' sebelum kahwin dengan dia... mungkin tak layak dapat lebih pada mata dia. “Aku tengok isteri orang lain seronok je dibahagiakan suami, dimanjakan dengan macam-macam barang yang suami belikan. “Tapi aku, minta dia belikan subang pun tak dapat, dilupakan dan diabaikan. Lagipun dah kahwin lebih setengah tahun, cincin kahwin pun dia tak terfikir nak bayar balik walaupun sikit-sikit,” ujarnya sayu. Paling menyedihkan apabila sudah dua bulan suaminya tidak pulang ke rumah dan membiarkan dia sendirian. Antara komen warga maya. Apatah lagi suaminya tidak pernah berkongsikan gambar kahwin mereka di laman sosial seolah-olah menyembunyikan perihal perkahwinan mereka. Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya beranggapan lelaki tersebut berstatus suami orang. “Kau kahwin suami orang ke? Dua bulan tu, lagi sebulan lebih jatuh taklik sebab tak ada nafkah zahir dan batin. Elok rujuk pejabat agama. “Kahwin dengan suami orang ni, jarang lelaki dah kahwin tak tunjuk gambar. “Ini macam kahwin dengan suami orang,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube