DEMI kasih kepada anak perempuannya, seorang bapa tidak kisah berhabis hampir RM1,000 untuk membeli sebuah telefon pintar bagi memenuhi permintaan dan kehendaknya. Menerusi video yang dikongsikan pemilik premis jualan borong iPhone dan aksesori, Chegu Aiman Gadget, dua beranak berkenaan datang ke kedainya untuk membeli sebuah iPhone XR. Menurut si bapa, telefon pintar berkenaan adalah model yang digemari oleh anak perempuannya itu. "Bapa takut anak kecil hati, terasa hati. Anak saya takut kedai ni tutup. Saya tak sempat mandi datang sini. Maklumlah baru balik kerja," ujar lelaki dalam lingkungan usia 40an itu kepada pemilik premis. Selepas itu, kedengaran pemilik premis berkenaan menawarkan diskaun sebanyak RM50 daripada harga asal RM950 kepada lelaki berkenaan. "Saya bagi abang RM50 diskaun. Jadi RM900 sahaja bang," ujarnya. Pihak kedai gajet hadir memberikan bantuan keperluan asas untuk keluarga lelaki berkenaan. Sebelum membuat pembayaran, lelaki berkenaan sempat memberikan 'amanat' kepada anak perempuannya agar telefon pintar tersebut digunakan untuk tujuan yang berfaedah. "Tapi sebelum bayar, mesti berjanji dulu. Ini bukan untuk bercinta... masih sekolah. "Bapa dengar kata anak, anak juga (kena) dengar kata bapa," katanya dan kemudian disusuli pelukan oleh anak gadisnya tanda ucapan terima kasih. ARTIKEL BERKAITAN: Dari sekolah rendah ke menengah, bapa diam-diam ekori anak dari jauh... Kantoi masa bawa kereta ke universiti ARTIKEL BERKAITAN: Mak masuk kedai gajet tunjuk gelang emas, nak gadai beli laptop anak... Menangis kenang hadiah ‘anniversary’ - “Dia yang penting... nak belajar” Menerusi satu hantaran berasingan pula, pemilik premis berkenaan kemudian berkongsi video ketika dia melakukan kunjungan ke rumah lelaki tersebut untuk memberi bantuan berupa keperluan seperti beras, susu tepung, lampin pakai buang, barangan makanan dan wang tunai. Kelihatan riak wajah lelaki tersebut gembira bercampur terharu apabila mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Dia turut meluahkan rasa sebak apabila membaca komen positif daripada netizen selepas videonya dan anak perempuan tular di media sosial. Berkaca aku dengar ucapan bapanya... janganlah lupa pengorbanan seorang bapa. NETIZEN "Saya tengok komen, satu-satu saya baca. Saya meleleh air mata membacanya. "Ada juga yang kata kenapa beli iPhone? Bagi saya, duit akan habis. Apabila bagi untuk anak kita, apabila dia dapat iPhone tu, hati dia senang," tuturnya. Sehingga kini, perkongsian video berkenaan meraih melebihi 653,000 jumlah tontonan di TikTok. Netizen menyifatkan gadis berkenaan beruntung kerana dikurniakan bapa yang penyayang. Sementara itu di ruangan komen pula, rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan pengorbanan yang dilakukan lelaki berkenaan demi kasih sayang kepada anak perempuannya. "Untung kau dik! Tapi berjanjilah untuk tidak mengecewakan dia. "Berkaca aku dengar ucapan bapanya. Janganlah lupa pengorbanan seorang bapa. "Satu hari nanti anak dia akan faham besarnya nilai RM900 tu dan susah payah ayahnya hempas pulas keringat nak dapatkan duit tu," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube