SEJAK dua menjak ini, kita sering disajikan kisah pekerja khidmat penghantaran makanan yang didakwa tidak amanah dalam menjalankan tugas. Pada Ahad, seorang lagi pelanggan membuat luahan serupa dengan mempersoalkan sikap pekerja servis itu yang malas untuk menghantar makanan ke pintu rumahnya. Menurut individu itu, dia hairan mengapa pekerja tersebut enggan mengikut arahan sedangkan segala kos penghantaran ditanggung olehnya. Sama seperti pekerjaan lain, golongan rider juga berdepan pelbagai cabaran. -Gambar hiasan "Kenapa rider ni malas naik rumah ya? Aku dah bayar door-to-door kot, bukannya aku bayar pakai daun kering. Siap hubungi, suruh turun bawah. "Ingat aku ni adik-adik kau ke? Memang silaplah bos. Lu (awak) tak nak naik, wa (saya) tak ada hal. Lu pandai-pandai cancel itu makanan," ujarnya. Dalam perkongsian sama, dia turut berkongsi helah bagi mengajar golongan rider yang enggan menghantar makanan ke pintu rumahnya. Aku dah bayar door-to-door kot, bukannya aku bayar pakai daun kering. PELANGGAN "Sebab itulah penting pembayaran cash on delivery (COD). Dalam chat marah-marah, apabila dah bersemuka, tahu pula adab. "Takkan selalu aku order nak kena turun? Kalau sekali sekala tak apa juga. Aku bukannya tak boleh nak mudahkan kerja rider," ujarnya lagi. Tambah pelanggan itu, rider juga tidak patut menggunakan pelbagai alasan kerana setiap pekerjaan mempunyai cabarannya yang tersendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Malas hantar sampai depan pintu, rider tinggal makanan merata-rata... Pelanggan hubungi tanya status terus ‘reject’ tanpa notis ARTIKEL BERKAITAN: Wanita merana kahwin ‘rider’ pemalas, tiada masa depan! Asyik tumpang senang isteri sambil berangan nak beli rumah Perkongsian menerusi sebuah grup Facebook komuniti rider tempatan itu turut menerima pelbagai reaksi netizen. "Kerja rider makanan je tapi demand macam tauke kedai. Ni memang lumrah kerja rider. Nak tak nak, telan je la pahit tu. "Para rider sekalian. Anda tu rider. Anda kena naik atas juga walaupun sampai tingkat 20," tulis netizen. Kehidupan semakin mudah dengan adanya khidmat penghantaran makanan. -Gambar hiasan Namun, ada juga individu yang menyelar pelanggan itu kerana dianggap tidak berperikemanusiaan terhadap golongan rider. "Nanti satu hari kau jatuh terduduk tak ada kerja, kau jadi rider. Baru kau tahu macam mana kerja rider. "Tak salah pun bang kalau abang mudahkan kerja rider," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube