suria

Staf pemalas bagi alasan hujan, lupa bos tahu tempat kerja dekat rumah... Matahari dah keluar tetap menipu nak cuti!

Cuaca hujan dijadikan alasan oleh segelintir individu untuk tidak hadir ke tempat kerja. -Gambar hiasan

MASALAH disiplin membabitkan kakitangan merupakan salah satu cabaran terbesar buat majikan.

Dalam satu hantaran tular di TikTok, seorang pemilik kedai makanan pencuci mulut berkongsi kisahnya berdepan dengan seorang staf yang culas untuk bekerja sehingga memberikan alasan tidak masuk akal.

"Boleh mental dapat staf macam ni... yang sebenarnya alasan tu adalah malas. Alasan hujan? Hujan tu sebelum pukul 8 pagi lagi dah berhenti," tulisnya pada perkongsian berkenaan.

Daripada perkongsian yang dibuat, difahamkan staf tersebut sepatutnya hadir bekerja pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 4.30 petang.

Pada mulanya, staf berkenaan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 8.16 pagi memaklumkan masalah yang dihadapi iaitu tidak mempunyai kereta untuk ke tempat kerja kerana hujan.

komen staf

Tangkap layar perbualan antara individu tersebut dan stafnya.

"Assalamualaikum bang, kemungkinan hari ni saya macam tak dapat datang sebab hujan. Kereta ayah guna bawa pergi kerja. Tapi saya cuba datang kalau boleh," tulis staf tersebut.

Individu berkenaan kemudian cuba mengusulkan cadangan supaya staf tersebut meminta pertolongan bapanya untuk menghantar ke tempat kerja.

"Minta ayah hantarkan sekejap ke? Semalam kan ada motor. Lagipun hujan dah berhenti. Matahari pun dah keluar," balasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat bapa dia punya syarikat?” - Lelaki bengang Gen Z besar kepala, nak pilih sendiri tarikh temuduga kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mengeluh kerja dengan Gen Z! Manja, ditegur cepat sentap... Tahu-tahu resign, sindir senior di media sosial

Namun staf tersebut terus memberi alasan bahawa bapanya sudah keluar lebih awal, manakala motosikalnya pula mengalami kerosakan dan masih berada di bengkel.

"Abang dah mention tentang transport ni. Awak dekat je... tak jauh. Ini pun dah kira lewat ni.

"Saya pilih awak join team kami sebabnya awak dekat dan saya rasa sangat mudah awak nak datang kerja... tak perlu hadap jammed. Tapi awak hadapi masalah yang sama, transport," balas individu berkenaan mengingatkan stafnya mengenai syarat yang dikenakan ketika temuduga dahulu.

Kalau staf aku macam ni, aku bagi cuti terus je. Malas nak pening-pening.

NETIZEN

Dalam jawapan balasnya, staf tersebut berkata keluarganya mempunyai sebuah lagi motosikal, namun kunci kenderaan tersebut dibawa ibunya yang juga sudah keluar bekerja.

"Tak apalah... hari ini kira saya cuti. Ibu dah kasi (guna) cuma kunci pada dia. Lepas ni saya dah tak ada masalah transport lagi. Sorry bang," tulis staf berkenaan lagi.

Pada akhir perkongsian, individu berkenaan meluahkan kekecewaan dengan sikap stafnya yang tidak mengambil berat soal disiplin dan tidak bersungguh-sungguh selepas diberi peluang pekerjaan.

Bagaimanapun, dia tidak memperincikan tindakan yang diambil terhadap staf berkenaan.

Sehingga kini perkongsian individu tersebut meraih lebih 351,000 jumlah tontonan.

komen staf 1

Reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Sementara itu di ruangan komen, netizen turut sama meluahkan rasa geram terhadap sikap pekerja berkenaan malah menyarankan supaya si majikan mengenakan tindakan tegas agar kejadian sama tidak berulang.

"Kalau staf aku macam ni, aku bagi cuti terus je. Malas nak pening-pening.

"Bang, kalau saya (majikan), dah lama budak ni resign rasanya.

"Buang je bos... nanti saya email resume," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain