STIGMA yang masih menebal menyebabkan orang yang hidup dengan HIV (PLHIV) sering dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Dek kerana itu juga seorang pelayar laman X membantah cadangan pihak tertentu yang mahu setiap pelajar institut pengajian tinggi (IPT) menjalani ujian HIV. "Aku letihlah. Dah lah nak masuk kerja ada syarikat yang minta buat saringan kesihatan lengkap. Ni nak masuk universiti pun kau nak buat juga. Kebanyakan penghidap HIV berdepan pandangan serong masyarakat. -Gambar hiasan "Kami yang PLHIV ni dah penat tau. Kalau dedahkan salah, tak dedahkan pun salah. Dedahkan takut kena diskriminasi, tak dedahkan kata kita tipu," ciap pemuda itu pada Rabu. Meskipun cadangan itu bertujuan baik, dia mengakui risau sekiranya pelajar yang didiagnos positif HIV akan berdepan masalah lain dengan pihak universiti. "Itu yang merisaukan. Ya, dapat tahu awal, boleh rawat awal. Tapi daripada sudut lain, kalau pihak universiti tahu, apa tindakan mereka yang seterusnya? Dedahkan takut kena diskriminasi, tak dedahkan kata kita tipu. PELAYAR X "Tolak permohonan? Ke buat tak tahu? Adakah masyarakat kita atau pengurusan universiti sudah bersedia? Ke masih mempunyai stigma yang menebal," luahnya lagi. Seorang lagi pelayar X turut berkongsi luahan kebimbangannya tentang segelintir anak muda di Malaysia yang semakin berani melakukan hubungan seks bebas. Dakwa individu itu, dia juga menyedari kewujudan lambakan akaun dark side (DS) milik warga Malaysia yang selamba berkongsi video lucah mereka di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Waktu sakit ingat Allah, 2 tahun solat taubat... Lepas makin sihat pemuda hidap HIV rancak cari ‘jodoh’ di aplikasi songsang ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda hidap HIV berhenti salahkan Tuhan lepas dengar ceramah... Tak sangka ada pengakhiran baik untuk pendosa "DS pun dah makin ramai budak-budak muda. Buat video seks pun banyak dah tak pakai kondom. Sebabnya mereka ambil pencegahan HIV, Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP). "Apabila dah terkena HIV, dah tak ada guna dah rasa menyesal. Lebih baik beringat daripada menyesal kemudian hari," tulis individu itu pula. Dua pelayar X itu berkongsi pendapat masing-masing sebagai respons kepada laporan media yang menyebut tentang cadangan mewajibkan ujian HIV di universiti. Sebelum ini, media melaporkan Presiden Interim Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Nazirah Abdullah menggesa universiti mewajibkan ujian HIV terhadap pelajar baharu. Pemilik akaun DS tempatan secara terbuka memuat naik video lucah di media sosial. -Gambar hiasan Ia susulan peningkatan kes membabitkan golongan itu yang berusia di antara 18 dan 25 tahun. Tambahnya,penularan kes itu gagal ditangani di peringkat kampus kerana kekurangan usaha merangka dasar dan pelaksanaan program kesedaran kepada pelajar. Untuk rekod, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada 3 Julai lalu berkata penuntut institusi pengajian tinggi awam atau swasta berusia antara 18 hingga 25 tahun yang menghidap penyakit HIV menunjukkan peningkatan saban tahun. Berdasarkan notifikasi jangkitan kes yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 214 pelajar dari institusi awam dan swasta dilaporkan menghidap HIV pada 2020 diikuti 186 kes (2021), 221 kes (2022) dan 244 kes (2023). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube