suria

Wanita anak ‘berderet’ herdik kawan TTC 14 tahun, siap hina macam kain buruk! Suka tulis status menyindir, ‘pantang’ nampak orang pergi bercuti

Pasangan berkahwin pastinya mengimpikan zuriat. -Gambar hiasan

LUMRAH bagi pasangan yang sudah berkahwin untuk memiliki zuriat sendiri.

Bagaimanapun tidak semua berpeluang memiliki cahaya mata seperti yang diimpikan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita meluahkan kesedihan selepas dihina tidak mempunyai anak kerana mandul.

Tekanan perasaan sering menjadi punca kebanyakan wanita sukar hamil. -Gambar hiasan

Tekanan perasaan sering menjadi punca kebanyakan wanita sukar hamil. -Gambar hiasan

Luahannya itu meruntun hati warga maya kerana usia perkahwinannya telah mencecah 14 tahun.

Memulakan cerita, dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, situasi dialaminya itu membuatkan dia dan suami sedang berdamai dengan takdir.

Namun tanpa diduga, dalam tempoh ‘bertenang’ dia diuji dengan kehadiran kenalan yang gemar menyakitkan hatinya dengan kata-kata.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihina mandul rakan sendiri! Pengasuh reda, tumpang kasih anak asuhan... Netizen doa Allah hadirkan nyawa dalam rahim sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mandul tergamak fitnah isteri, tuduh tak subur depan keluarga... Senyap-senyap koyak keputusan ujian air mani!

“Sedang berdamai dengan takdir. Tiba-tiba dapat mesej dilabel mandul daripada kenalan yang anaknya berderet-deret, dua tahun seorang.

“Dia berbangga dengan anaknya yang ramai dan selalu kutuk orang yang tak ada anak.

“Katanya cantik-cantik pun tak dapat bagi suami anak, tak berguna macam kain buruk... asyik gugur sahaja. Tak lama lagi suami cari lain la tu,” ujarnya sambil berkongsi mesej daripada rakannya itu.

Orang yang mentalnya tak bahagia begitulah... ada je nak buat orang sakit hati.

WARGA MAYA

Malah bagi mendapatkan semangat, dia mengadu perkara tersebut pada suami.

Meskipun dipujuk supaya tidak mengambil hati dengan kata-kata jahat manusia, namun dia mengakui mesej kenalannya itu terkesan di hati.

“Suami pujuk jangan ambil hati dengan kata-kata jahat orang. Namun ada juga sedikit kesan di hati.

Anak sering dianggap sebagai penyeri rumah tangga. -Gambar hiasan

Anak sering dianggap sebagai penyeri rumah tangga. -Gambar hiasan

“Kita manusia yang ada perasaan. Saya sedang menahan hati, Istighfar dan diam sahaja. Tak pernah balas walau sepatah kutukan dia,” luahnya sayu.

Menurut wanita ini, individu yang mengherdiknya merupakan keluarga dalam kategori asnaf.

Malah difahamkan kesemua anaknya tidak dihantar ke sekolah kerana kononnya ingin memberi pendidikan di rumah (homeschooling).

“Dia memang tak boleh tengok orang lebih daripada dia, kalau up gambar pergi bercuti, dia akan up status perli-perli,” tambahnya lagi.

Warga maya memberikan kata-kata semangat pada wanita ini.

Warga maya memberikan kata-kata semangat pada wanita ini.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil memberikan kata-kata semangat pada wanita ini dan memintanya untuk menyekat individu yang tidak menjaga adab serta tutur kata dalam berkawan.

“Teruknya mulut dia. Orang macam ni tak tahu... sebab mulut dia, akan terbalik pada anak-anak dia nanti.

“Dia penat tu jaga anak. Dia cemburu dengan kehidupan kita sebenarnya sebab tu dia cakap macam tu. Orang yang mentalnya tak bahagia begitulah. Ada je nak buat orang sakit hati.

“Sekat je sis. Saya TTC (trying to conceive) 12 tahun. Memang saya limit circle sekarang di semua sosial media,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain