SETIAP pasangan pastinya mengimpikan majlis perkahwinan yang indah dan sempurna. Namun bukan mudah untuk merealisasikannya kerana setiap impian sudah pasti ada harganya. Begitulah dilema yang terpaksa dihadapi seorang wanita berusia 25 tahun ini yang bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya pada Oktober depan. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan Namun, timbul masalah apabila dia dan tunangnya tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menanggung kos majlis perkahwinan. "Sejujurnya duit simpanan untuk kahwin memang tak ada langsung sebab tunang rancang nak buat pinjaman peribadi," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kawal ketat duit gaji 5K suami... Tetapkan RM6 sehari makan di kantin, enggan beri belanja bulanan untuk mentua ARTIKEL BERKAITAN: Baki gaji tinggal RM700, staf ‘gomen’ cuba nasib tambah hutang! Masih ada hati mohon pinjaman peribadi Namun katanya, dengan pendapatan bulanan yang rendah menyebabkan tunangnya menghadapi kesukaran untuk memohon pinjaman peribadi. "Semua bank reject dia sebab gaji basic RM1,500 je. Kalau campur OT (elaun lebih masa) pun dapatlah bersih dalam RM1,700-RM1,800," ujarnya. Si tunang memikirkan cara untuk mendapatkan pinjaman peribadi. -Gambar hiasan Mengulas lanjut, katanya si tunang mahu mendapatkan pinjaman daripada agensi lain yang turut menawarkan kemudahan pembiayaan peribadi. Bagaimanapun usaha lelaki itu masih gagal kerana rekod kredit yang buruk akibat tunggakan hutang sebelum ini. Tangguh kahwin sampai capai target simpanan atau teruskan, tapi buat majlis nikah saja. NETIZEN "Dia ada dua bulan tunggakan motosikal yang dia tak bayar, jadi pekerja tu cakap 50-50 peluang untuk lulus sebab bayar tak cantik. "Yang aku sakit hati, dia boleh relaks padahal duit kahwin zero. Aku nak booking catering, pelamin dan apa-apa pun susah. "Bayangkan, duit deposit untuk tempah apa-apa ikut tarikh (majlis) pun tak ada. Sumpah, aku stres majlis dah nak dekat... bulan Oktober. Mak aku dah bising tanya," katanya. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang dialaminya. Pada masa sama, segelintirnya turut menyalahkan wanita itu yang hanya bergantung harap pada tunang, sedangkan diri sendiri tidak berusaha. Wanita mengalami tekanan kerana kekangan wang. Malah, pasangan itu tidak digalakkan untuk mendapatkan pinjaman peribadi kerana tindakan itu hanya membebankan mereka kelak selepas berkahwin. "Kau dah tahu tunang tak ada duit, kenapa push nak kahwin? Kau pun tak layak lagi sebab rasanya kau pun zero. Kemudian plan nak buat hutang sana sini dengan BF kau. "Tangguh kahwin sampai capai target simpanan. Atau teruskan buat, tapi buat majlis nikah saja. Buat yang wajib saja, tak perlu majlis resepsi. "Itu maksudnya belum layak kahwin. Janganlah ambil pinjaman peribadi tu. Tengoklah berapa ramai sangkut pinjaman peribadi kat grup muflis. "Kalau tunang pun tak cukup nak bayar hutang, masih struggle nak hidup. Kau ada dua pilihan sama ada tunggu lagi tiga hingga empat tahun or cari lain. Sini pun dah nampak kalau kahwin nanti, dia tak mampu bagi nafkah wajib kat kau," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube