ISU childfree terus menjadi perbincangan warga maya dengan masing-masing memberi hujah dan pandangan peribadi berdasarkan situasi serta pengalaman sendiri. Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang wanita berkongsi pandangan seorang ustazah berkaitan isu ini yang didengarnya menerusi corong radio. Berdasarkan coretan yang dibuat, wanita itu seolah-olah tidak bersetuju dengan pandangan berkenaan yang disifatkan tidak bertanggungjawab. Kebanyakan wanita berkerjaya enggan memiliki anak. -Gambar hiasan Ketika bercakap di radio, ustazah berkenaan meminta supaya pasangan yang sudah berkahwin untuk cuba memiliki seorang anak terlebih dahulu, bukan terus memutuskan untuk tidak mempunyai zuriat. “Amboi ustazah dalam radio cakap ‘try dulu ada anak seorang tengok boleh tak handle’. Sangat tak bertanggungjawab. Macamlah kalau tiba-tiba tak suka boleh pulang balik,” ujarnya dalam nada sinis. Bukan itu sahaja, dia turut mempersoalkan tindakan ustazah terbabit yang didakwanya memalukan individu yang ingin menjalani kehidupan sendiri tanpa sebarang ‘komitmen’. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dalam pantang stres sampai rasa nak bunuh bayi, suami rimas mengadu letih... Tetap tak sokong childfree marriage ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan bawa mereka ke dunia” - Wanita minta suami isteri jujur, kalau serba serbi tak mampu lebih baik childfree “Juga bagaimana dengan memalukan orang yang mahu menjalani hidup mereka hanya untuk diri mereka sendiri? “Ustazah cakap kalau tak ada duit nak besarkan anak, nak beli susu anak, boleh minta di pusat zakat. Mungkin ustazah ni hidup dalam dunia berbeza dengan kebanyakan kita. “Point dia balik-balik nanti dah mati siapa nak doakan. Dah tua siapa nak jaga, dah tua sunyi. Gadis, kita akan struggle sepanjang hidup untuk membesarkan anak-anak. Don't seems like a fair compensation,” tambah wanita ini. Kebanyakan warga maya menyokong hantaran wanita ini. Hantaran yang dibuat mendapat perhatian ramai dengan kebanyakannya menjadikan kisah pengabaian terkini membabitkan seorang remaja berusia 13 tahun yang tidak dibenarkan masuk rumah selama beberapa hari oleh kedua ibu bapanya. “Bukan budak 13 yang kena kurung luar tu anak tunggal juga? Amboi sedap cakap macam anak tu kereta... boleh cuba-cuba. “Disebabkan pemikiran ‘dah tua siapa nak jaga’, ramai generasi sekarang jadi sandwich generation. Mereka bukan melahirkan kerana mahu anak tetapi untuk 'pelaburan'. Apabila anak dah bekerja, jadi segala komitmen akan dipertanggungjawabkan pada mereka, sebab tu generasi sekarang ramai childfree. “Dia ingat nak beranak ni macam ‘trial exam’ ke? Kalau gagal, boleh cuba berkali-kali? Habis tu, ‘previous results’ yang ‘gagal’ tu nak buat apa? “Habis tu kalau tak boleh uruskan, nak buat mcm mana? Bagi orang lain macam anak kucing tepi jalan,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube