KEMATIAN Nur Farah Kartini Abdullah bukan sahaja diratapi keluarga dan teman terdekat, malah seluruh rakyat Malaysia turut berduka selepas mayatnya ditemukan pada Isnin. Terbaharu, salah seorang pelajar Allahyarham memuat naik bingkisan sarat emosi yang mengenang segala kebaikan wanita itu ketika dia berkhidmat di sebuah sekolah. "Guru saya... Cikgu Farah Kartini merupakan seorang insan yang sangat baik. Dunia ini tak layak untuknya," tulis pelajar itu pada Selasa. Menurut beberapa individu yang mengenali Nur Farah Kartini, Allahyarham merupakan seorang individu yang baik hati. Dalam hantaran tular di TiKTok itu, pelajar berkenaan berkongsi sekeping foto sedang berpelukan dengan Allahyarham Nur Farah Kartini. Lebih memilukan, dia turut berkongsi tangkap layar mesej kata-kata nasihat yang pernah dihantar oleh Allahyarham kepadanya. "Cikgu nak awak sentiasa kuat. Jangan sedih-sedih tau. Awak nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tu nanti. Fokus belajar. Cikgu Farah Kartini merupakan seorang insan yang sangat baik... dunia ini tak layak untuknya. PELAJAR "Cari kawan yang awak boleh percaya. Kalau tak ada pun, cari kawan yang hanya sekadar kawan bagi awak. "Maksudnya, masa dia ada, ada la. Kalau tak ada, awak biarkan dia. Awak cari circle yang sesuai dengan diri awak," tulis Allahyarham kepada pelajar perempuan itu. Dalam mesej panjang lebar itu, Allahyarham turut meminta pelajar tersebut agar tidak terlalu memendam perasaan jika dia berdepan masalah. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berkebolehan cari orang hilang pernah kongsi petunjuk tentang Nur Farah Kartini... Ramalan sejak 10 Julai hampir tepat! ARTIKEL BERKAITAN: Posting terakhir Nur Farah Kartini ‘road to convo’ bikin sebak, keputusan cemerlang 4 flat - “Bakal guru hebat tak sempat nak berbakti” Sebaliknya, dia menasihati pelajar itu supaya fokus membina masa depan dan kejayaan. "Orang ni kita tak boleh nak nilai sebab manusia ni dia cepat berubah. Lagi pun semua dah besar. Sekarang ni hanya di fasa kita nak bina masa depan kita. "Tak kisahlah orang sekeliling kita macam mana, yang penting diri kita. Kita berjaya suatu hari nanti, kita akan jumpa lagi ramai orang tau. Sekarang ni kalau awak rasa alone is better... teruskan. "Tapi satu cikgu pesan, awak jangan memendam sangat perasaan tau. Tak baik untuk emosi awak nanti. At least cari orang yang awak percaya untuk luahkan apa awak rasa," pesannya lagi. Tangkap layar perkongsian tular pelajar itu menerusi aplikasi TikTok. Allahyarham turut menitipkan doa buat pelajar itu pada penghujung mesej berkenaan. "Cikgu doakan yang terbaik untuk awak tau. Cikgu percaya awak pelajar yang baik. Kalau awak nak kongsi cerita dengan cikgu pun, cikgu okey je," tulis Allahyarham lagi. Menurut seorang individu di ruangan komen pula, Allahyarham pernah bertugas di sekolah pelajar tersebut ketika dia menjalani praktikal. Untuk rekod, mStar sebelum ini melaporkan mayat Nur Farah Kartini ditemukan di Kampung Sri Kledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, Isnin. Lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari Sarawak itu kali terakhir dilihat kira-kira 8 malam, 10 Julai. Seorang suspek yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Balai Polis Slim River ditahan pada Isnin sebelum dia direman pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube