KUASA tular di media sosial menyebabkan ramai tertarik berkunjung ke sesebuah restoran. Tarikan itu juga menyebabkan mereka sanggup beratur panjang demi menikmati hidangan tertentu yang menjadi buah mulut ramai. Namun apa yang tidak sedap didengar apabila terdapat rungutan pelanggan gara-gara berdepan kesukaran untuk membuat pilihan dan pesanan. Pelanggan mahu servis yang baik di kedai makan. -Gambar hiasan Manakan tidak, segelintir pengusaha kedai makan lebih gemar menyediakan buku menu tanpa gambar dan hanya meletakkan senarai makanan dan minuman. "Kepada anda yang ada kedai makan, menu tu kalau boleh letaklah imej makanan. Serius, pelanggan mudah memilih, boleh menaikkan jualan. ARTIKEL BERKAITAN: “Nak WiFi order dulu” - Restoran kedekut Internet, data telefon pula lembab! Pelanggan nyaris angkat kaki, susah pesan guna kod QR ARTIKEL BERKAITAN: Nak makan sedap, order macam-macam lepas tu report kedai mahal! Pelanggan tak pandai kira bajet kena ‘sound’ "Kalau pilihan banyak sangat, letak je imej yang banyak terjual. Lepas tu suruh waiter tu 'goreng' sikit. Kalau pelanggan tak order air, recommend je air yang kau suka, belajar upselling cross selling. "Jika kamu (peniaga) faham (kehendak) manusia, kamu faham perniagaan," katanya di laman X. Pandangan itu meraih pelbagai reaksi di ruangan ciapan balas, dengan rata-ratanya turut bersetuju mengenai menu bergambar memudahkan para pelanggan. Pelanggan perlu mengimbas kod QR sebelum mendapatkan menu. -Gambar hiasan Jika orang ramai berkunjung ke restoran gara-gara tular di media sosial, peniaga seharusnya memikirkan cara bagaimana untuk memastikan mereka kembali selepas itu. "Berbanding senarai dengan gambar... gambar memang boleh tarik perhatian pelanggan. Lagi-lagi tengah lapar. Sebagai contoh, waiter pula daripada hanya tunggu pelanggan pilih, cuba cakap... abang, akak, tak nak cuba nasi goreng tomyam?. Rasa nak marah je sebab kena Google untuk tengok rupa makanan tu. NETIZEN "Tapi sekarang mana ada waiter nak melayan. Semua kena scan kod QR. Apabila dah QR pula, tak ada gambar sangat. Pelanggan dine in sekarang tak macam dulu. Bertambah stres kalau data Internet slow. "Menyampah betul kalau menu tak ada gambar. Tambahan pula cuba makan kat kedai yang tak pernah jejak. Rasa nak marah je sebab kena Google untuk tengok rupa makanan tu," demikian antara komen netizen. Selain itu isu gambar hidangan, segelintir netizen turut mempersoalkan sejauh mana ketulenan foto yang dipaparkan di dalam menu. Pelanggan mahu pekerja mempromosikan hidangan menarik di kedai. -Gambar hiasan Ini kerana mereka tidak mahu menu yang diibaratkan 'indah khabar dari rupa' kerana gambar makanan atau minuman yang digunakan bukan yang sebenar. "Letak imej makanan yang betul ye. Bukan gambar ihsan Google. Dalam menu gambar chicken chop salut tepung. Yang sampai salut serbuk roti 3 cm (sentimeter)," komen netizen. Turut menjadi masalah apabila pekerja di kedai makan tidak mempunyai maklumat yang lengkap untuk mempromosikan kepada pelanggan. Tambah netizen lagi, itu belum lagi isu sesetengah pengusaha memilih untuk meletakkan nama pelik-pelik pada hidangan yang ditawarkan di dalam menu. "Kalau saya masuk kedai baharu, mesti tanya sini apa sedap? Sakit hati je kalau waiter tak tahu nak jawab apa. Jadi saya ubah soalan, selalu pelanggan paling banyak order yang mana? Cukup suka kedai-kedai yang dah letak siap-siap recommended menu. "Stres bila nak order makan tapi menu gambar tak ada, dengan nama makanan pelik-pelik. Dah satu hal kena fikir ni benda apa. Kalau menu basic macam burger tak apalah kita faham walau tak ada gambar," ujar netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube