KESEMPITAN hidup yang perlu dihadapi seorang ibu tunggal demi membesarkan anak-anaknya mendapat perhatian ramai. Kisah wanita bernama Anim ini dikongsikan oleh akaun TikTok Alam Flora Sdn Bhd, menceritakan perit getir yang terpaksa ditempuhinya dalam mencari rezeki halal bagi memastikan anak-anak dapat dibesarkan dan mempunyai masa depan lebih baik. Mengimbas kembali keperitannya bekerja sebagai pekerja am, Anim mengakui banyak cabaran perlu dihadapi semasa bertugas termasuklah ujian berdepan sikap manusia. "Alhamdulillah buat masa ni yang mana (orang awam) dengan kita, walaupun mereka buang tisu selepas saya sapu, saya tak kisah sebab itu kerja saya. Akma berjaya menamatkan pelajaran di peringkat diploma hasil pengorbanan ibunya. "Walaupun orang masuk parking masa kita dah longgok sampah di situ, tak apa. Tak pernah 'woi' (marah). Pernah juga dari tingkat atas orang buang kari, habis (terkena baju). "Jangan pandang kerja kita (kutip sampah) ni merimaskan, niat saya kerja ni ikhlas," ibu tunggal ini menceritakan pengalaman lebih 30 tahun bekerja sebagai pekerja pembersihan. Bercerita lanjut, Anim berkata kepayahan hidupnya bermula selepas dia kematian suami. Walaupun sukar, kemiskinan tidak pernah menghalang dirinya untuk terus berusaha membesarkan anak-anak, malah tiada istilah putus asa dalam kamus hidupnya. ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki anak... Keluarga bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat hadiah Proton Persona ARTIKEL BERKAITAN: Anak buah meraung dapat tahu diri anak pungut, jumpa di tong sampah... Makin kuat menangis, lagi sakan pakcik menyakat! Katanya, dia pernah 'menggoreng' batu dalam kuali semata-mata mahu mendiamkan anak berusia tiga tahun yang sedang menangis kelaparan. "Sengsaranya hidup selepas pemergian suami. Itu (batu) saja yang ada di rumah setinggan, tepi sungai. 'Bila dia dengar bunyi goncang-goncang tu kan... budak dalam usia tiga tahun, saya masak air panas je bagi minum. "Lepas sudah terima azab tu, saya berazam. Saya akan simpan untuk anak saya. Anak-anak ni sampai mati pun dia tetap anak kita. Kita kena bangkit, bangun majukan diri untuk anak," katanya. Dalam pada itu, Anim turut berkongsi rasa bangga apabila dua anak lelaki mengikut jejak langkahnya bekerja dalam bidang sama. Saya berjaya peroleh segulung diploma kerana dia. Saya menjadi orang berguna kerana dia. AKMA BAKAR ANAK Video yang dikongsikan oleh syarikat pembersihan tempat Anim bekerja ini meraih pelbagai reaksi netizen yang begitu kagum dengan semangat dan pengorbanannya. Rata-rata memuji sikap Anim yang tidak meminta-minta walaupun hidup dalam kesusahan membesarkan anak tanpa suami di sisi. "Mak-mak memang jiwa fighter (pejuang). Kental berjuang demi anak-anak. Saya sendiri anak yatim. Mata jadi saksi betapa hebatnya mak saya besarkan kami adik beradik. "Alhamdulillah hebat kau kak. Contoh yang terbaik. Moga pintu rezeki diluas hendak-Nya untuk kakak sekeluarga," komen beberapa netizen. Komen netizen di TikTok. Di ruangan komen juga, seorang wanita, Akma Bakar tampil mengakui bahawa figura di dalam video tersebut merupakan ibunya. Menurut wanita itu, ibunya mampu membesarkan dirinya sehingga berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma. "Ini mak saya. Saya berjaya peroleh segulung diploma kerana dia. Saya menjadi orang berguna kerana dia. "Saya bangga dia jadi mak saya. Emaklah ibu dan ayah saya. Mak jugalah kawan saya," ujar Akma penuh bangga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube