suria

Gadis ‘binti Abdullah’ akur nikah guna wali hakim, ibu tak faham derita anak tak sah taraf - “Mak kata ramai je status macam aku”

Anak tak sah taraf berdepan cabaran apabila mereka mahu mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan

KETERUJAAN seorang wanita untuk menamatkan zaman bujangnya pada Ogos depan bertukar duka apabila dia perlu dinikahkan oleh wali hakim.

Menurut wanita berusia 26 tahun itu, dia sudah lama mengetahui tentang tahu statusnya sebagai anak tidak sah taraf, namun masih berharap untuk dinikahkan berwalikan bapanya.

"Bulan depan aku kahwin dengan wali hakim. Aku dah lama tahu aku anak tak sah taraf, sebab aku berbintikan Abdullah. Masa aku umur 24, mak mengaku dia kahwin di Siam lepas dapat tahu dia mengandung.

Pix of pregnant women. ....-- M. Azhar Arif/The Star 26 July 2015

Segelintir wanita yang hamil anak luar nikah memilih untuk berkahwin di Thailand. -Gambar hiasan

"Aku ada baca, kalau kahwin sebelum kandungan masuk enam bulan, aku boleh berwalikan bapa aku lagi. Aku dah teruja. Aku cakap aku akan cuba dapatkan wali bapa aku juga.

"Masa aku cakap dengan mak, dia diam. Sampailah aku minta sijil nikah Siam tu, aku tengok mereka kahwin bulan Jun, aku lahir Ogos. Terus diam terkedu," luahnya.

Dalam perkongsian di platform X pada Selasa, wanita itu mendedahkan ibunya turut mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah tidak memandang serius akan statusnya itu.

Bila mak aku nampak aku down, dia sedapkan hati aku. Dia kata ramai je orang status macam aku ni.

ANAK TAK SAH TARAF

"Aku pun mula reda berwalikan hakim. Tapi aku down sangat sampai tak ada hati nak uruskan nikah. Bila mak aku nampak aku down, dia sedapkan hati aku. Dia kata ramai je orang status macam aku ni," ujarnya lagi.

Mengimbas zaman kanak-kanaknya, pengadu berkata dia juga pernah ditipu ibunya tentang hal itu, malah statusnya sebagai anak tak sah taraf turut menjadi bualan di sekolah.

"Masa darjah empat, aku tanya mak aku kenapa aku binti Abdullah, tapi mak aku tipu. Mungkin dia ingat aku umur 10 tahun tak reti berfikir. Tapi masa tu dekat sekolah, ustazah dah tanya aku macam-macam.

ARTIKEL BERKAITAN: Perogol mahu bertanggungjawab hamilkan gadis bawah umur... Mak ayah mangsa terus ‘cair’, tarik balik laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: “Kak, sakit tak bersalin?” - Soalan wanita muda hamil anak luar nikah buat doktor ini sebak, sedih zina jadi hal biasa

"Ada kawan siap cakap aku anak luar nikah. Mak aku cakap, masa aku lahir, bapa aku outstation, jadi tiada kad pengenalan bapa aku," imbasnya.

Tambah wanita itu, kata-kata yang diucapkan oleh ibunya masih lagi berbekas di hati meskipun ia berlaku ketika dia masih kecil.

"Masa tu aku mula benci mak ayah aku sebab mereka tak jujur. Masa aku kecil dulu, mereka selalu bergaduh. Bila bergaduh, mak aku mesti marah aku dan cakap sebab lahirkan aku dia kena hidup dengan bapa aku.

"Kata-kata dia memang aku tak akan lupa, dah macam kaset dalam kepala aku. Aku benci dengan status yang aku kena tanggung berpuluh tahun ini," ujarnya lagi.

Page one plan on the alarming of rape cases in the rising plus sexual booming. We will ask them to pose pictures on both with silhouette act. We will add graphics into it. Pleases give some space for graphics in the picture. Another picture is on child abuse. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Anak luar nikah mengalami tekanan emosi kerana dipandang hina oleh orang sekeliling. -Gambar hiasan

Menurut laman sesawang Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), wali dalam urusan perkahwinan ialah seseorang yang memiliki kuasa mengahwinkan anak perempuan sama ada dia adalah penjaganya ataupun bukan.

Wali nasab ialah orang yang mempunyai pertalian keturunan dengan seseorang perempuan yang bakal berkahwin, seperti bapanya, datuknya dan lain-lain.

Wali hakim pula ialah Ketua Negara Islam atau wakilnya seperti Kadi Besar, Kadi-kadi Daerah atau mereka yang mendapat tauliah daripada pejabat-pejabat Kadi Daerah, biasanya mereka ini terdiri daripada imam masjid, bilalnya atau seorang alim kampung.

Jika ketiadaan wali nasab pada semua urutannya atau jika wali nasab menghadapi masalah ataupun tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan menjadi wali, maka tugas perwalian di dalam sesuatu perkahwinan akan berpindah kepada kuasa wali hakim secara mutlak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain