KISAH membabitkan penyewa 'durjana' sering kali dikongsikan oleh pemilik kediaman di laman sosial bertujuan untuk memberi pengajaran, selain mahu berkongsi pengalaman bersama warga maya. Antara cerita yang kerap dipaparkan adalah membabitkan sikap yang pengotor, culas membayar sewa, tidak menjaga harta benda atau perabot dengan baik, dan sebagainya. Namun berbeza pula dengan satu hantaran yang tular di Facebook, di mana seorang individu berkongsi pengalamannya berdepan dengan pemilik kediaman yang didakwa menjengkelkan dan cerewet. Keadaan beberapa sudut di dalam rumah yang disewa oleh individu berkenaan. -Foto Facebook "Kontrak habis November ini, notis dua bulan telah diberi. Barang-barang semua sudah clear. "Yang menjadi masalah, owner minta bersihkan rumah, bagi saya sudah terlampau extreme. Contoh, habuk di bahagian bawah pintu, habuk di grill dapur dan seluruh rumah termasuk balkoni. "Sudah saya lap balkoni separuh bahagian bawah, sliding door kaca dapur... sudah cuci pakai sabun. Greese semua dibersihkan. "Ada isu soket lampu ada jalur crack. Saya beritahu tak pernah pakai. Owner kata semua dia dah check sebelum saya masuk," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah buruk perangai, naikkan kadar sewa selepas penyewa pasang aircond sendiri - “Kita tak minta satu sen pun!” ARTIKEL BERKAITAN: Ejen rumah sewa buat ‘magic’ dalam kontrak, tiba-tiba penyewa kena tanggung kos servis 4 aircond! Lelaki hilang deposit RM2,800 Individu berkenaan mengakui kecuaiannya kerana tidak membuat pemeriksaan ketika mula-mula masuk menyewa di rumah berkenaan. Situasi berkenaan menyebabkan pemilik kediaman mengambil kesempatan untuk menuduhnya melakukan kerosakan pada beberapa barangan di rumah tersebut. Macam kes jiran sebelah rumah. Peragai sebiji macam ni. Cat tembok dinding luar pudar pun tolak deposit. NETIZEN "Remote kipas, seingat saya memang tak boleh pakai. Sekarang claim saya rosakkan. Semua kerosakan nyata seperti cat dinding dan grill depan yang terkopek, saya cat balik. "Rumah saya bersihkan dua kali. Still complain pintu sliding tak bersih. Mungkin memang nak perfect macam tak ada orang guna barang-barang dalam rumah. "Setelah dua kali bersihkan rumah tapi masih tak selesai. Saya nak tahu jika saya boleh buat claim atas semua repair yang saya buat atau tidak," tanyanya memohon pandangan warga maya. Segelintir netizen menyarankan supaya individu berkenaan mengambil tindakan undang-undang. Perkongsian individu berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya menyarankannya mendapatkan nasihat daripada peguam serta bertindak mengikut saluran undang-undang. "Awak buat tribunal untuk tuntutan deposit dan kos yang munasabah. "Dah boleh tahu, memang owner awak tu tak mahu pulangkan deposit. Sebab itu, macam-macam alasan dan hal yang dia cuba timbulkan. "Ni kes owner tak nak pulangkan deposit. Macam kes jiran sebelah rumah. Peragai sebiji macam ni. Cat tembok dinding luar pudar pun tolak deposit," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube