suria

Bertimpa ujian sejak awal 2024, bakal pengantin terharu hamba Allah gigih bantu tunda motosikal tersadai - “Orangnya kecil tapi masih mahu tolong”

Papajim berjaya tiba di stesen minyak di Sri Petaling selepas dibantu pengguna jalan raya

SEORANG penunggang motosikal yang kehabisan minyak terpaksa menolak jentera dua rodanya itu menuruni Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menghala ke Kuala Lumpur.

Dia kemudian dibantu oleh seorang penunggang motosikal lain yang menundanya ke stesen minyak terdekat di Sri Petaling.

Berdasarkan klip rakaman yang dikongsikan, Pojie Salim menyatakan dia pada masa itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

"Masa ni aku dalam perjalanan balik dari tempat kerja... keadaan cuaca panas.

Dia pernah berkhidmat dengan syarikat cari gali minyak kira-kira tiga tahun.

Lelaki ini pernah berkhidmat dengan syarikat cari gali minyak kira-kira tiga tahun.

"Mesti brother ni mengharapkan bantuan sebab aku pernah rasa apa yang dia rasa," ujarnya yang menunda individu tersebut sehingga ke destinasi.

Video yang dimuat naik sejak 17 Julai lalu itu mendapat perhatian warga maya sehingga ditonton lebih 2.4 juta kali termasuk penunggang motosikal yang kehabisan minyak.

Susulan tularnya video itu, dia tampil berkongsikan situasi yang dialami pada masa tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat ujian Ramadan, pemuda berhabis duit tanggung kos kanser bapa... Dunia rasa gelap tak mampu beli juadah berbuka

ARTIKEL BERKAITAN: Harungi banyak dugaan ketika bertunang, jurugambar Malaysia akhirnya nikah model Rusia - “Mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia”

Ketika dihubungi mStar, dia yang ingin dikenali sebagai Papajim berkata, insiden berlaku semasa dia dalam proses melengkapkan dokumen perkahwinannya.

"Saya menetap di Seri Kembangan (Selangor), saya ada temu janji untuk membuat ujian HIV di Klinik Kesihatan Cheras pada pukul 3 petang.

"Ketika di kaunter klinik untuk ambil nombor, saya baru sedar yang saya datang sehelai sepinggang, jadi saya patah balik ke rumah untuk ambil borang tersebut.

"Dalam perjalanan ke klinik semula pada pukul 4 petang, motor saya habis minyak... jatuh air mata saya, takut tak sempat nak buat ujian HIV," ujarnya.

Saya pernah buka kedai nasi lemak ayam penyet tapi hanya sebulan sahaja mampu bertahan.

PAPAJIM

Mengakui sedih dengan situasi yang dilalui ketika itu, dia mengambil keputusan untuk menolak sahaja motosikal.

Pada masa sama, dia turut berdoa semoga urusannya dipermudahkan sehinggalah dia didatangi seorang pengguna jalan raya yang sudi membantu.

"Tak sampai separuh jalan saya tolak motor, Allah turunkan seorang hamba Allah yang hati mulia untuk bantu saya tunda, sampai pam minyak di Sri Petaling.

"Saya sedar saya ni gemuk, beban motor lagi... hamba Allah tu orangnya kecil tapi dia masih lagi mahu tolong.

Ramai yang memuji sikap prihatin Pojie pada video tularnya itu.

Ramai yang memuji sikap prihatin Pojie pada video tularnya itu.

"Saya mahu hulurkan duit minyak dan tenaga tundanya atas tanda terima kasih tapi dia tolak duit dan tawaran saya," luahnya yang berharap ucapan terima kasih dapat 'didengari' oleh individu tersebut.

Berkongsi tentang keadaan dirinya, ujar pemuda berusia awal 20-an ini, dia sudah dua kali gagal membuat ujian HIV disebabkan faktor kesihatan.

Dia yang pernah berkhidmat bersama syarikat cari gali minyak terkemuka selama tiga tahun berkata, sejak awal Februari lalu pelbagai ujian datang menimpa dirinya termasuk tunang yang sering keluar masuk hospital.

"Tunang saya kerap masuk hospital... kesihatan saya on off dan motor saya kerap rosak selain dihalau dari sewa bilik.

"Saya pernah buka kedai nasi lemak ayam penyet tapi hanya sebulan sahaja mampu bertahan sehingga satu tahap, saya menipu tunang dan keluarga saya tentang keadaan diri," ujarnya sayu.

Dalam pada itu, dia yang kini berkhidmat sebagai pembasmi serangga perosak, berharap agar kedua ibu bapanya dipanjangkan umur supaya dapat menyaksikan majlis perkahwinannya yang dirancang berlangsung pada 8 Ogos nanti.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan