MEMUASKAN hati semua orang bukanlah satu perkara mudah. Ketika kita berkongsi perkara membahagiakan di laman sosial, pasti akan ada individu yang memberikan komen negatif, menyindir atau menyinggung perasaan. Golongan yang digelar 'joykiller' ini seolah-olah tidak ambil kisah perasaan atau sensitiviti pemilik posting, malah kebal kerana tidak mempedulikan teguran orang lain. 'Joykiller' biasanya akan memberikan komen kepada sesiapa sahaja dan terbaharu, Datin Intan Najuwa turut menjadi sasaran selepas berkongsi tentang kehamilannya di laman sosial. Kebanyakan wanita gemar berkongsi berita gembira bersama rakan-rakannya. -Gambar hiasan Nasib yang menimpa artis itu mendapat perhatian seorang pelayar media sosial yang bersimpati dengannya kerana berita baik tersebut 'dicemari' dengan komen negatif 'joykiller'. Menurut wanita berkenaan, individu tersebut memberi alasan komen dibuat adalah satu 'teguran' atas dasar prihatin dengan situasi semasa Intan Najuwa. "Baru lepas tengok IG (Instagram) Intan Najuwa, ada orang DM (direct messege) dia kata concern (prihatin) pasal pengumuman (hamil) terkini. ARTIKEL BERKAITAN: Teruk alahan hamil anak pertama... Intan Najuwa tak boleh bau kuda, nak muntah tengok pasu dan langsir di rumah ARTIKEL BERKAITAN: “Kita senyum pun dia sakit hati” - Pemuda kongsi perangai buruk joykiller, tengok orang lain bahagia diri sendiri rasa ‘panas’ "Siap mention pasal keguguran bagai sebab dedahkan tentang kehamilan sedangkan Intan Najuwa dah masuk second trimester," tulisnya berkongsi pandangan. Berpandangan isu keguguran tidak sepatutnya disebut kepada mana-mana wanita yang sedang hamil, dia turut melihat tindakan pelakon terkenal itu berkongsi tentang kehamilannya sebagai tidak salah kerana sudah memasuki trimester kedua. Aku anak pertama tak dedahkan, tapi Allah nak ambil, Dia ambil je walaupun dah 27 minggu. WARGA MAYA Malah katanya, fizikal artis tersebut juga sudah menunjukkan perubahan dan tidak dapat disembunyikan lagi. "Perlu ke cakap dan sebut pasal keguguran tu? Tapi Intan Najuwa cakap elok-eloklah sebab masing-masing ada parents, jadi dia dan suami ikutlah nasihat parents di samping rujukan daripada doktor. "Lagipun perut dia dah besar dan bukan baru dua atau tiga minggu kehamilan," tambahnya lagi. Warga maya turut berkongsi pandangan masing-masing. Pandangannya itu mendapat perhatian ramai dengan kebanyakannya menyifatkan 'joykiller' terbabit sebagai individu yang gemar menjaga 'tepi kain orang'. "Korang kalau hamil, nak umum awal ke... buat je. Kita cuma nak kongsikan kegembiraan kita, yang asyik negatif tu biarkan mereka. "Biarlah orang nak raikan kegembiraan, jika berlaku (perkara tidak diingini), berlaku juga sama ada dedah atau sembunyi. "Kalau Allah berkehendak tu, boleh jadi je... biarlah orang nak umumkan, cuma doakan yang baik-baik. Aku anak pertama tak dedahkan, tapi Allah nak ambil, Dia ambil je walaupun dah 27 minggu," ujar beberapa warga maya. Bagaimanapun, terdapat segelintir pelayar media sosial yang menyokong teguran individu tersebut dengan mengaitkan terdapat banyak kes kematian anak dalam kandungan meskipun kehamilan sudah memasuki trimester kedua dan ketiga. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube