KOS barangan binaan dan pertukangan yang semakin meningkat membuatkan ada individu memilih untuk membina rumah idaman mereka sendiri. Meskipun mengambil masa yang lama, namun kebanyakannya berpuas hati kerana rumah dimiliki bebas daripada hutang. Berkongsi pengalaman di laman Facebook, Muhammad Ridzuan berkata, kos untuk membina rumah sendiri juga adalah tinggi. Justeru asas rumah yang didirikan sejak 2018 masih belum siap meskipun sudah enam tahun berlalu. Harga barang binaan semakin meningkat. -Gambar hiasan "Ni rumah aku, dah berapa tahun tak siap. Dari 2018 lagi tak silap, sampai sekarang tak siap. "Sudah naik pokok dalam rumah aku tu, semalam pergi mesin rumput untuk sambung sikit-sikit... buat lantai dulu sebab tak mahu bagi pokok tumbuh balik. "Nak sambung buat semua, telan RM80,000 juga, tak mampu aku," luahnya menerusi satu hantaran di media sosial. Mengimbau proses awal pembinaan rumahnya, ujar anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini, terdapat beberapa individu yang tampil menghulurkan bantuan. ARTIKEL BERKAITAN: Nak upah tukang tapi bajet nipis, ustazah ini nekad buat rumah sendiri... Netizen siap puji ‘ikat bata’ macam profesional! ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas tahfiz tiba-tiba ada banglo, Mercedes... Kerjanya cuma kutip derma di FB! Wanita dedah realiti ‘industri minta sedekah’ Katanya, dia menerima sumbangan wang daripada beberapa individu yang berniat mahu membantu mengurangkan bebannya menyiapkan mahligai impian. "Masa bina dulu, ada la hamba Allah kononnya nak tolong aku siapkan rumah ni. Kononnya nak ringankan beban aku. "Ada yang bagi RM50, RM10 dan RM100... aku nak tolak pun takut mereka kata 'tak pandang RM10'. Jadi aku ambil je," ujarnya. Rezeki datangnya daripada Allah. Kita kena yakin di samping berusaha, berdoa seterus bertawakal. WARGA MAYA Menurut Muhammad Ridzuan, tindakannya menerima 'sedekah' tersebut mengundang padah apabila dia kini disindir salah seorang pemberi sumbangan kerana rumah yang dibina masih belum siap. Dia yang berniaga nasi lemak berkata, individu terbabit bukan sahaja mengungkit 'pertolongan' yang dihulurkan, malah mendakwa dia menipu tentang pembinaan rumah. "Satu hari, yang bagi RM10 tu datang tengok rumah aku, dia tanya kenapa tak siap lagi. Aku pun balas tak ada duit nak sambung (bina). "Dia cakap dah bagi (duit) hari tu, nampak sangat penipu. Aku jadi bingung sekejap, bagi RM10 tapi nak suruh siap sebuah rumah. Kebanyakan warga maya memberi kata-kata sokongan padanya. "Aku pun tanya bagi RM10,000 ke? Dia ingat aku 'menganjing' (sindir) sebab bagi RM10," katanya yang turut mengembalikan RM10 kepada individu tersebut. Susulan kejadian yang menimpa dirinya, dia menasihati pengikut media sosial supaya tidak mengambil sumbangan daripada orang luar. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengikutnya memberi kata-kata sokongan dan mendoakan supaya dia berjaya menyiapkan mahligai yang dibina atas usaha sendiri. "InsyaAllah, tak lama siap tu. Akak ni sewa je mampu. "Pelan-pelan buat, nanti siap. Rezeki ada tanah sendiri, ada buat, tak ada simpan duit dulu... boleh buat sikit-sikit. "Bagi RM10 tapi cakap macam tu? Eloklah diberi balik duit dia tu. "Rezeki datangnya daripada Allah. Kita kena yakin di samping berusaha, berdoa seterus bertawakal," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube