suria

Serbu hotel bajet, pencegah maksiat tergamam tangkap pasangan pelajar tahfiz... Lelaki siap serban, perempuan pakai abaya!

Kisah pasangan pelajar tahfiz berkenaan dikongsikan oleh Ustaz Elyas Ismail daripada pengalaman rakannya. -Gambar hiasan

KEGIATAN berkhalwat membabitkan pasangan Islam seolah-olah sudah menjadi perkara biasa biarpun ia salah di sisi agama.

Buktinya, banyak tangkapan kes khalwat direkodkan terutama apabila sambutan tertentu seperti malam merdeka, malam ambang tahun baharu dan sebagainya.

Dalam perkongsian di laman sosial, seorang pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail turut berkongsi satu kes khalwat yang pernah dikendalikan rakannya yang bertugas sebagai pegawai penguatkuasa agama.

"Kawan saya ni kata, sebelum ni (mereka) buat serbuan ada (kes) suami orang (ditangkap) bersama isteri orang, bos dengan setiausaha pun ada, orang berpangkat besar dengan PA (pembantu peribadi) pun ada.

"Tapi dalam banyak-banyak kes dia jumpa, ada satu kes dia tak biasa jumpa.

"Dia cerita, ketika pecah pintu satu bilik, ada budak lelaki berseluar pendek duduk atas katil... ada seorang lagi perempuan dalam bilik air.

khalwat 2

Ramai ibu bapa cenderung menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz untuk menimba ilmu agama. -Gambar hiasan

"Apabila perempuan dan lelaki dalam satu bilik, takkanlah belajar tajwid?" ceritanya kepada hadirin ketika menyampaikan kuliah agama.

Difahamkan serbuan cegah maksiat itu dilakukan di sebuah hotel bajet yang tidak didedahkan lokasi.

Seperti mana prosedur yang biasa dilakukan, ujarnya, pasukan penguatkuasa agama akan bertanya kepada pasangan yang diserbu mengenai hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ibu bapa anggap pusat tahfiz ‘tempat buangan’... Pilihan terakhir selepas gagal didik anak nakal, tak pandai akademik

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas tahfiz tiba-tiba ada banglo, Mercedes... Kerjanya cuma kutip derma di FB! Wanita dedah realiti ‘industri minta sedekah’

"Kawan saya tanya sama ada dah menikah ke? Budak tu jawab belum... tapi nak menikah. Mungkin depa (mereka) bincang tarikh kahwin kot dalam bilik.

"Kena ceramah sekejap, kemudian suruh dua-dua pakai baju... kita sembang di balai dan hubungi waris," ceritanya.

Semuanya bermula dengan couple. Sebab tu jangan start couple.

NETIZEN

Ketika itulah Ustaz Elyas berkata, rakannya tergamam apabila pasangan berkenaan mengenakan pakaian masing-masing.

"Tuan-tuan tahu budak lelaki tu capai baju apa? Jubah putih! Siap serban atas kepala.

"Budak perempuan tu pula, memanglah mulanya berbaju t-shirt lengan pendek. Apabila pakai baju, jubah hitam... abaya. Kawan saya pun pelik.

"Tahu tak mereka tu siapa? Mereka berdua adalah pasangan pelajar tahfiz, menghafal al-Quran.

"Ya Allah, tuan-tuan bayangkanlah. Al-Quran di dada... macam mana hangpa (kamu) boleh terlibat dengan benda lagu (macam) ni," katanya lagi mengimbas kembali kisah yang dikongsikan rakannya.

Melahirkan kebimbangan dengan gejala keruntuhan moral yang semakin berleluasa ketika ini, Ustaz Elyas berkata perkongsian kisah berkenaan sewajarnya dijadikan teladan oleh semua ibu bapa.

komen khalwat

Netizen turut terkesan dengan perkongsian kisah berkenaan.

"Saya nak habaq (beritahu) pada tuan-tuan semua. Ingat, kita ni jadi ibu bapa, (tugas) didik anak sampai mati. Ingat tu!" tegasnya lagi.

Perkongsian kisah berkenaan mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya turut meluahkan rasa terkejut apatah lagi perbuatan berkenaan mencemarkan imej pelajar tahfiz.

"Sebab itu jangan menilai orang daripada jubah atau abaya. Kita tak tahu belakang tabir.

"Tak kira tinggi mana pun ilmu, tetap diuji oleh Allah.

"Semuanya bermula dengan couple. Sebab tu jangan start couple," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain