SELEPAS ibu bapa, ramai juga dalam kalangan kita yang mempunyai hubungan rapat dengan nenek atau datuk. Apatah lagi bagi mereka yang dibesarkan atau diasuh oleh datuk atau nenek, sudah tentu terlalu banyak kenangan manis terpahat dalam hati apabila masing-masing meningkat dewasa. Tular satu video di laman sosial memaparkan seorang pemuda bersama sepupu-sepupunya melakukan kejutan buat nenek mereka sehingga warga emas tersebut mengalirkan air mata kegembiraan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Hargai mereka selagi ada," demikian kapsyen yang dikongsikan pada video yang sehingga kini meraih 1.3 juta jumlah tontonan itu. Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda yang hanya dikenali sebagai Syed Syafique berkata, idea untuk melakukan kejutan kepada neneknya, Samsiah Hasshim, 83, diusulkan oleh dua orang adiknya. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu suruh hantar lunch, cucu ‘bertuah’ sakat nenek nyanyuk... tanya ‘kenapa tak puasa’, opah cerita mandi! ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sweet’ cucu manja dengan nenek umur 93 tahun... Pandai mengaji, mahir tajwid! Dulu belajar al-Quran sebab nak dapat upah 50 sen "Saya kerja di Arab Saudi sejak hampir tiga tahun lalu dan jarang-jarang pulang ke Malaysia. "Baru-baru ini saya berkesempatan pulang ke tanah air untuk urusan bisnes, jadi dua adik saya beri idea untuk buat kejutan kepada opah kami yang tinggal di Teluk Intan. "Saya terus bersetuju dan buat grup sesama sepupu. Termasuk saya, kami semuanya 11 bersepupu dan saya adalah cucu sulung opah. Sekarang dah tambah dua orang, iaitu isteri adik saya dan seorang anak mereka. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang meluangkan masa bersama nenek kesayangan. "Dalam grup itu, kami berbincang dan akhirnya sepakat memilih tarikh 20 Julai lalu untuk pulang ke Teluk Intan dan buat kejutan untuk opah," cerita pemuda berusia 36 tahun ini. Menurut Syed Syafique, kejutan terhadap nenek yang mesra disapa Opah Tipah benar-benar menjadi sehingga wanita tersebut langsung tidak dapat menghidu rancangan mereka. "Mula-mula, kami plan adik dan dua sepupu yang masuk dulu... mereka bertiga ni memang biasa balik, jadi opah tak terkejut. "Kemudian, seorang demi seorang masuk, opah dah mula sebak sehinggalah saya yang terakhir masuk, opah terus menangis. "Terharu bercampur terkejut sebab cucu sulungnya yang dah setahun tak balik, tiba-tiba ada depan mata," ujarnya sambil menambah, kebanyakan sepupunya menetap di Kuala Lumpur dan di Pahang. Waktu nak berangkat balik, opah menangis... kami pun berat hati nak berpisah dengan opah. SYED SYAFIQUE CUCU SULUNG Menghabiskan masa selama dua hari satu malam di Teluk Intan, Syed Syafique berkata, mereka melakukan pelbagai aktiviti bersama nenek kesayangan. "Kami buat potluck, bawa opah melawat pusara datuk, makan durian ramai-ramai, bawa opah makan malam, main game tentang opah dan tidur beramai-ramai di rumah opah. "Sepanjang dua hari, memang luangkan masa dengan opah. Ingat lagi waktu kecil-kecil dulu, setiap kali cuti sekolah je, mesti balik rumah opah. "Alhamdulillah, pada usia 83 tahun, opah masih dikurniakan kesihatan yang baik. "Waktu nak berangkat balik, opah menangis... kami pun berat hati nak berpisah dengan opah. InsyaAllah, waktu akan datang, nak lagi buat macam ni," ujarnya. Opah Tipah masih sihat biarpun menjangkau usia 83 tahun. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di TikTok, Syed Syafique berkata dia gembira bercampur terharu apabila membaca komen-komen daripada warga maya. "Jangan kita lupakan figura tua dalam famili, iaitu datuk dan nenek. Pergilah jumpa mereka sementara masih ada ruang dan peluang. Tak perlu bagi hadiah mahal-mahal, cukup dengan masa. "Dari satu sisi lain, video itu juga memberi mesej tentang hubungan dengan sesama saudara. Sebab ada yang tak rapat atau tak kenal sesama sepupu. Waktu-waktu beginilah kita nak kukuhkan bonding," akhirinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube