suria

Anak kecewa bapa tak belikan kereta untuk jalani internship, tiba-tiba tambah koleksi motor besar - “Tak tahu apa dalam fikiran ayah aku”

Memiliki kenderaan sendiri sememangnya dapat memudahkan urusan seharian. -Gambar hiasan

MEMPUNYAI kenderaan sendiri sememangnya satu kelebihan kerana lebih mudah untuk kita bergerak bagi melakukan apa jua urusan seharian.

Namun, ketika ini sistem pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e-hailing banyak tersedia, amat mudah diakses dan menjimatkan kos justeru kehidupan masih dapat diteruskan jika tiada kenderaan sendiri.

Namun lain pula halnya dengan seorang penuntut di institusi pengajian tinggi yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bapanya kerana tidak membelikan kereta bagi memudahkannya menjalani latihan industri.

intern 2

Ramai memilih menggunakan pengangkutan awam kerana lebih menjimatkan. -Gambar hiasan

"Pada 22 Julai 2024 aku dah start intern tapi kereta still tak ada. Aku dah inform ayah aku lima bulan awal tau dan ayah aku buat tak endah je weh... Tapi tahu-tahu beli motor besar baharu.

"Now dah ada dua motor besar! Sumpah tak tahu apa ada dalam fikiran ayah aku. Benda tak urgent dia beli," luahnya dalam hantaran yang dikongsikan di laman X.

Individu berkenaan menafikan dirinya bersikap meminta-minta untuk dibelikan kereta, sebaliknya mendakwa bapanya sendiri telah memberikan persetujuan awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘intern’ ajak mak jumpa bos, stres disuruh masuk data dalam sistem... Siap bawa surat doktor nak berhenti kerja

ARTIKEL BERKAITAN: “Bayaran kami harus bermaruah“ - Gadis IPT tegas tuntut elaun setimpal, mahu syarikat lihat intern sebagai pelaburan

"Anyways, parents aku memang dah setuju nak beli kereta... bukan aku paksa tau.

"Aku pun tak suka asyik tanya je tapi masalahnya benda dah last minute. Suruh cari kereta second hand je pun.

"Nanti aku kerja memang aku akan bayar balik. Kalau aku tahu macam ni, memang aku je yang cari sendiri kereta tu," luahnya lagi.

Sentiasa bersyukurlah... once tak ada parents, percaya atau tidak kamu susah nak survive sebab terlalu bergantung dengan bantuan parents.

NETIZEN

Bagaimanapun luahan individu berkenaan mengundang kecaman daripada warga maya yang melabelkan dirinya 'anak manja'.

Malah rata-ratanya turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pandai berdikari tanpa perlu meminta-minta sehingga menyusahkan ibu bapa.

intern komen

Reaksi netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Intern memang kena guna kereta ke? Aku intern dulu Kuala Langat-Bangsar elok je sampai umur 31 tahun guna motor, tak ada kereta. Elok je life aku.

"Aku travel Shah Alam ke Gombak hari-hari masa start kerja. Semua mode public transport aku naik. Parents have done enough, kita buat sendiri dik.

"Sentiasa bersyukurlah... once tak ada parents, percaya atau tidak kamu susah nak survive sebab terlalu bergantung dengan bantuan parents. Ada orang santai-santai pakai motor je pergi kerja... janji hidup," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain