suria

Demi kasihkan ibu, pasangan ini lepas hidup mewah di Shah Alam... Nekad balik kampung - “Abah dah lama meninggal”

Bahar dan isteri memilih untuk PJJ selama setahun selepas berkahwin demi tanggungjawab kepada ibu.

BERBAKTI kepada ibu bapa adalah dituntut dalam Islam kerana mereka mempunyai kedudukan, martabat dan kemuliaan yang tinggi.

Perkara sama dilakukan individu dikenali sebagai Coach Bahar di Facebook dan isterinya apabila mereka sedaya upaya menjaga ibu masing-masing yang sudah uzur.

Menurut Bahar, dia sanggup meninggalkan segala kerjayanya di Shah Alam, Selangor untuk menjaga ibunya, Noriah Othman yang tinggal di kampung.

Difahamkan pada ketika itu dia baru sahaja berkahwin dengan isterinya, Zawiyah Saimin pada usia masing-masing 23 dan 22 tahun.

Ahli keluarga Bahar.

"Saya ada sebuah kedai printing. Dalam masa yang sama dapat projek IT (information technology) di agensi kerajaan dan swasta. Semua perkara saya buat serentak.

"Masa musim raya, jual kuih raya. Lebat juga dapat. Kira mewah jugalah. Untung jualan masa tu boleh beli kereta sendiri dan buat duit kahwin. Jual biskut raya pun dapat RM70,000 masa tu banyak tu.

"Lepas nikah dengan isteri, saya nekad balik kampung. Saya nekad berhenti kerja dan berhenti berniaga di Shah Alam. Saya balik kampung, saya janji nak jaga mak. Arwah abah dah lama meninggal," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kekal tenang dapat tahu nikah wanita tak pandai masak! Berkat tak cepat melatah, kini isteri jadi tauke katering

ARTIKEL BERKAITAN: Lama menganggur, siswazah nak sambung belajar lari dari masalah! Tak fikir mak ayah kena tanggung kos - “Awak fikir ada master boleh dapat kerja?”

Cerita Bahar lagi, pada ketika itu dia tidak mempunyai apa-apa perancangan atau sebarang sumber pendapatan baharu selepas pulang ke kampung halaman sendiri.

Malah keputusan itu pada mulanya tidak mendapat persetujuan daripada ibunya memandangkan peluang pekerjaan di kampung lebih terhad.

"Masa tu tak ada kerja lagi. Awin (panggilan untuk isteri) masih jadi guru sandaran di Klang. Saya nekad balik berkhidmat untuk mak. Mak marah juga. Mak kata... kau nak makan apa kat kampung ni?

"Tapi saya percaya rezeki dan yakin apabila mak restu. Selepas setahun nikah barulah isteri dapat bersama dengan saya tinggal di kampung.

Saya balik kampung, saya janji nak jaga mak... arwah abah dah lama meninggal.

BAHAR

"Tujuannya adalah dia dapat juga berkhidmat dengan maknya sementara. Kami kahwin muda. Masing-masing ada tanggungjawab dengan keluarga," jelasnya.

Jelas Bahar lagi, dia dan isterinya mula tinggal sebumbung di Muar, Johor selepas mereka dikurniakan cahaya mata pertama yang dinamakan Irfan.

Dalam hantaran tersebut, Bahar turut berkongsi foto kediaman di mana dia dibesarkan.

Komen netizen pada hantaran tersebut.

Hantaran dikongsikan ini meraih pelbagai reaksi netizen yang teruja dengan pengorbanan dibuat seorang anak lelaki.

"Boleh menjadi contoh kepada anak-anak zaman sekarang.

"Seronok baca cerita awak. Cerita kita ada yang sama tapi awak dan isteri ada pendidikan. Kami akademik tak ada tapi boleh besarkan anak-anak.

"Membaca perjalanan hidup awak banyak memberi inspirasi kepada golongan muda untuk majukan diri walaupun sebagai petani moden. Teruskan berkarya untuk kami pelajari dengan perkongsian," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain