suria

Pelajar ini raih RM300 sehari berniaga soft cookies di sekolah... Tapi bisnes terbantut lepas ditegur ketua pengawas

Hessa berniaga biskut di sekolah yang dibuat oleh ibunya.

KATA orang, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Bagi seorang usahawan, Huspalita Hussain Arif, 42, dia berasa kagum dengan minat yang ditunjukkan anaknya untuk menceburi bidang perniagaan dengan berniaga secara kecil-kecilan di sekolah.

Menurut Huspalita, anaknya, Hessa Ardinee Mohamed Airee, 12, berjaya memperoleh sekitar RM300 dengan menjual soft cookies (biskut tekstur lembut) buatannya kepada rakan-rakan pada awal Julai lalu.

Soft cookies yang dijual anak Huspalita.

"Kawan-kawan Hessa nampak dia bawa soft cookies yang saya buat untuk makan sendiri. Lepas dia kongsi dengan kawan-kawan, mereka minta lagi esoknya. Sampaikan suruh dia buka tempahan.

"Jadi Hessa pun jual sebab kasihan pada kawan-kawan yang merayu. Bawa la soft cookies banyak mana pun tetap habis setiap hari. Duit (hasil) pun sama dengan jumlah biskut yang dijual.

"Walaupun dia asyik ulang cakap tak pandai mengira dan berniaga tapi saya terkejut lihat dia boleh buat. Saya kenal dia ni pemalu sangat kalau suruh berniaga sebelum ni," ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid sekolah berniaga jajan depan rumah, TikToker singgah ’support’ beli aiskrim... Ramai pula terkenang memori makan ‘ice pop’

ARTIKEL BERKAITAN: Anak jual rokok sampai kena gantung sekolah, bapa sikit pun tak meradang... Tak sangka bisnes makin rancak, terus jadi kartel telefon bimbit!

Menurut Huspalita, biskut yang dibawa ke sekolahnya di Shah Alam, Selangor hanya dijual pada harga RM4 bagi setiap keping walaupun dihasilkan menggunakan bahan-bahan premium.

Malah, kata ibu kepada tiga cahaya mata itu, anaknya dilihat begitu bersemangat berniaga selepas namanya semakin dikenali pelajar-pelajar daripada kelas lain.

Bagaimanapun anak keduanya itu akur apabila terpaksa menghentikan jualan kerana melanggar peraturan sekolah.

Ahli keluarga Huspalita.

"Dia beritahu nak berhenti menjual sebab ketua pengawas (KP) yang sekelas dengan dia nak lapor kepada cikgu. Manalah KP tak marah, budak-budak tahap dua sampai beratur dekat luar kelas nak membeli.

"Hessa dapat 15 peratus daripada hasil jualan. Walaupun seronok berniaga sebab orang kenal tapi dia faham dengan peraturan sekolah. Saya suruh Hessa minta maaf sebab buat kesalahan tu.

Saya pun hairan macam mana dia sanggup bawa berpuluh-puluh soft cookies setiap hari... ambil order, kutip duit.

HUSPALITA

PENGUSAHA PASTRI

"Saya cadangkan suruh dia print nombor WhatsApp untuk sesiapa nak buat tempahan. Mereka boleh collect dekat luar sekolah atau dekat rumah je," ujar si ibu.

Bercerita lanjut, Huspalita memberitahu bahawa anaknya pernah berniaga permainan Slime pada awal Januari lalu sebelum dihalang guru sekolahnya.

Dalam pada itu, ibunya yang mengusahakan perniagaan pastri di Shah Alam ini tetap berasa bangga selepas melihat semangat dan keberanian anaknya berniaga.

Huspalita bangga dengan usaha anaknya yang suka berniaga.

“Dia sangat pemalu orangnya. Tapi saya pun hairan macam mana dia sanggup bawa berpuluh-puluh soft cookies setiap hari, ambil tempahan, kutip duit. Setiap hari kiraannya betul.

“Secara tak langsung, ini pendedahan untuknya dalam dunia perniagaan. Memang saya berharap semoga ada antara anak-anak akan ambil alih perniagaan yang saya usahakan.

"Dulu saya 'muka tebal' je berniaga kerepek ubi basah dekat sekolah sorok-sorok. Sepaket 20 sen. Siapa tak bayar memang saya kejar hari-hari suruh bayar. Jadinya, kira hebat la Hessa sebab tak ada yang berhutang dengan dia sepanjang berniaga,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain