suria

Usahawan hampir pos item pembeli dakwa tak terima! Mujur siasat dulu... Pelanggan licik menipu, beri rating palsu

Shanis berkongsi tentang pelanggan tak bertanggungjawab menerusi TikTok.

KERENAH pelanggan merupakan antara cabaran utama yang perlu dihadapi oleh golongan peniaga.

Di TikTok, seorang pengasas produk kecantikan turut berkongsi kisahnya yang menerima reviu palsu daripada seorang pelanggan.

Menurut Putri Shanis, pelanggan itu memberikan reviu tiga bintang untuk produk yang dibelinya.

shanis1

Shanis berkata rating palsu boleh memberi kesan kepada peniaga.

Alasannya, pelanggan itu mendakwa dia membeli tiga item, namun hanya dua barang yang diterimanya.

"Dia cakap saya order tiga, tapi yang sampai dua je. Dia bagi Shanis tiga bintang. Jadi Shanis ada beritahu, boleh chat seller kami, akan pos baharu.

"Sebab kadang-kadang risau juga, takut kecuaian kita. Lepas tu Shanis check dia punya order. Masalahnya awak order dua.

Korang jangan buat macam ni dekat seller lain tau, sebab rating sangat memberi makna kepada kami seller-seller kecil ni.

PUTRI SHANIS

"Awak tak boleh nak tipu kita. Macam mana nak pos tiga, awak order dua je kakak," ujar usahawan itu menerusi video di TikTok.

Menurut Shanis lagi, reviu palsu yang ditinggalkan pelanggan di platform pembelian dalam talian boleh memberi kesan buruk terhadap

"Rating pun dah bagi, tak boleh buat apa dah. Kita dah chat dia untuk tukar balik rating, tapi dia tak bagi respon.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga sekolahkan pelanggan kedekut! Laksa Johor RM150 dicemuh ‘mahal’, anggap modal tak seberapa

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan T20 selamba ambil durian ‘free’ lepas dipelawa, tak faham sindiran peniaga sebab minta diskaun tak masuk akal

"Korang jangan buat macam ni dekat seller lain tau, sebab rating sangat memberi makna kepada kami seller-seller kecil ni.

"Tolong take note sebelum memberi rating. Tak pasal-pasal aku kena fitnah. Shanis sentiasa ganti kalau silap kami, tak pernah Shanis abaikan," ujarnya lagi.

Video yang dikongsi Shanis menerima lebih 115,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Di ruangan komen, rata-rata pelayar TikTok turut menyelar tindakan pelanggan itu yang menyusahkan peniaga.

Picture for parcel scam story use

Segelintir pelanggan sanggup menggunakan taktik kotor untuk mendapat barang percuma daripada peniaga. -Gambar hiasan

"Sebelum dia bagi rating tu dia tak double check dulu ke dia order berapa?

"Pelanggan ingat boleh suka-suka bagi star kot. Sedangkan rating sangat bermakna untuk semua seller. Kadang tak faham apa mereka nak?

"Kesian seller. Jangan buat begitu, mereka pun nak cari makan juga," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain