suria

Geram BF tak faham bahasa, minta bunga selalu kena reject... Gadis ini berkira-kira nak putus, penat asyik bergaduh

Bunga dan wanita sememangnya sukar untuk dipisahkan. -Gambar hiasan

RAMAI wanita mengidamkan lelaki romantik untuk dijadikan sebagai calon suami.

Bukan sekadar itu, bertanggungjawab, penyabar dan pandai mengambil hati juga merupakan antara ciri-ciri lelaki idaman.

Namun ciri-ciri itu tidak cukup bagi seorang gadis ini kerana dia mahu teman lelakinya berjiwa romantis seperti menghadiahkannya bunga.

Seorang gadis cuba memujuk pasangannya. -Gambar hiasan

Malang baginya, reaksi yang diterima daripada kekasihnya amat mengecewakan setiap kali meminta untuk diberikan bunga.

"Saya tak kisah apa jenis bunga pun. Tapi dia beritahu dia tak suka beri bunga sebab membazir dan bunga tu pun akan layu.

"Jadi, kami bertengkar mengenai maknanya. Saya beritahu bagaimana bunga itu memberi makna kepada saya, boleh membuatkan saya gembira dan dihargai. Dan saya menyukainya," katanya menerusi satu luahan di laman X.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis bengang susah kikis duit BF, gaji 6K tapi kedekut... Bawa makan tempat biasa, belanja shopping jauh sekali

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis sampai terlompat-lompat dapat tahu BF gaji RM12k kerja di Singapura! Tapi ramai kaki ‘cucuk’, syak hantaran naik harga

Sebaliknya si teman lelaki tetap bertegas dengan pendiriannya sehingga mencetuskan pergaduhan dan akhirnya boleh menjejaskan hubungan antara mereka.

"Tapi kalau saya beritahu kawan-kawan, mereka semua akan cakap untuk berpisah saja," ujarnya.

Teman lelaki menganggap hadiah bunga sebagai pembaziran, sebaliknya wang boleh dibelanjakan untuk perkara lain. -Gambar hiasan

Gadis itu bagaimanapun berat hati untuk mengakhiri hubungan mereka kerana teman lelakinya sebenarnya baik dari sisi yang lain.

Menurutnya, kekasihnya seorang yang setia, boleh dipercayai dan bertanggungjawab serta berpegang teguh pada agama.

Dapat bunga memang boleh buat hati gembira, tapi jangan jadikan alasan tu nak berpisah.

NETIZEN

"Dia juga tak merokok, seorang family man dan kacak juga. Tapi adakah sebab masalah ni (isu bunga) jadi alasan kukuh untuk putus?" soalnya.

Menerusi ruangan ciapan balas, rata-rata menyifatkan memutuskan hubungan hanya disebabkan tidak diberikan bunga sebagai kelakar dan tidak masuk akal.

Pasangan bergaduh gara-gara isu bunga. -Gambar hiasan

Pada masa sama, mereka berpandangan bahawa gadis itu tidak tahu menghargai lelaki yang sudah cukup baik untuk dijadikan suami.

"Dapat bunga memang boleh buat hati gembira. Tapi jangan jadikan alasan tu nak berpisah.

"Gaduh pasal bunga dan nak putus. Lelaki ni dia fikir banyak benda, dia nak kau faham bunga tak mengenyangkan. Cuba kau ajak dia pergi makan-makan dekat restoran mewah, rasanya dia on.

"Ada sesetengah lelaki bukan jenis romantik, tapi good husband material. Dia mungkin pragmatik, tapi ada ciri-ciri suami yang bertanggungjawab.

"Putus jelah. Semoga pakwe hang dapat jumpa makwe yang lebih memahami dan menghargai," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain