KALAU tak berduit, jangan buat jenayah. Kedengaran pedas, namun itulah nasihat yang disampaikan oleh peguam terkenal Tun Laila Tun Rafaee menerusi satu hantaran tular di TiKTok. Menurut Tun Laila, jika individu itu mengaku tidak bersalah sekali pun, dia tetap perlu mengeluarkan wang untuk membayar jaminan. Ada individu terpaksa meminjam wang demi membayar denda atau jamin. -Gambar hiasan "Apabila dekat mahkamah ada dua pilihan. Mengaku bersalah atau tidak. Kalau mengaku bersalah, kau akan dijatuhkan hukum, denda atau penjara, atau kedua-duanya sekali. "Kalau anda mengaku tak bersalah, dan kalau kesalahan tu boleh jamin, engkau pun dijamin keluar. Jamin ni tak sama dengan hukuman. Kalau anda bayar jaminan, itu bukan bayaran denda. "Kita bercakap tentang dua kemungkinan ini. Kalau mengaku salah, kemungkinan dikenakan denda, kalau gagal bayar kena penjara. Sebab tu aku cakap kalau engkau tak berduit, jangan buat perangai. TUN LAILA "Kalau tak mengaku salah, kalau kesalahan tu boleh jamin, persamaan dua-dua ni apa? Persamaannya anda memerlukan duit," ujarnya dalam video yang meraih lebih 2.2 juta tontonan. Menurut pempengaruh itu lagi, individu yang dihadapkan ke mahkamah juga mungkin akan menyusahkan orang sekeliling sekiranya mereka berdepan kekangan kewangan. "Mengaku salah, tapi tak nak masuk penjara. Nak berusaha bayar denda, duit tak cukup, kau akan menyusahkan ibu bapa, kawan-kawan, pinjam saudara-mara untuk bayar denda. ARTIKEL BERKAITAN: Bakal peguam beli bunga untuk diri sendiri, sejak itu pengikut naik mencanak! Lega bos faham dunia influencer ARTIKEL BERKAITAN: Suara sedap, tak merokok... Peguam kacak ini penuhi kriteria geng makcik, berkenan nak buat menantu - “Depa kata hang segak” "Katalah ada duit, bawa RM8,000 untuk bayar jamin atau denda, sekali hakim kata denda RM10,000. Macam mana? Kau kena hubungi orang lain juga untuk datang bagi duit. Tak ke tu menyusahkan orang? "Sebab tu aku cakap kalau engkau tak berduit, jangan buat perangai," ujar Tun Laila yang memiliki hampir 800,000 pengikut di aplikasi TikTok. Dalam perkongsian sama, Tun Laila turut berpesan kepada orang ramai agar tidak mempercayai 100 peratus kata-kata peguam tentang nilai denda atau jamin. "Peguam kau kata confirm tak lebih RM8,000. bawa RM8,000 cukup. Kau tanya peguam kau, dia peguam atau hakim? Macam mana dia yakin hakim tak akan bagi lebih RM8,000 kalau kesalahan tu maksimum (denda) adalah RM20,000? Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita perlu mematuhi undang-undang negara. -Gambar hiasan "Katalah hakim kata kau tak layak dapat minimum. Hakim kata kena maksimum hukuman RM20,000. Kau tanya peguam kau, mana RM8,000 yang dijanjikan tu? Kau jangan percaya peguam kalau dia bagi certain fix amount. "Sebab tu aku cakap kalau anda bukan orang berada, bukan orang yang boleh sediakan RM100,000 gedebuk macam tu, jangan buat perangai, jangan susahkan orang," ujarnya lagi. Ramai netizen turut meluahkan pendapat mereka di ruangan komen berhubung perkongsian itu. "Kesimpulannya wang adalah raja bagi semua permasalahan. "Money is king, siapa ada duit akan disanjung walaupun salah. Itulah dunia. "Nak tegakkan keadilan pun kena guna duit. Dunia memang tak adil," tulis beberapa individu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube