suria

Myvi putih tiba-tiba berhenti depan kenderaan... Pemuda singgah solat di stesen minyak terkejut dapat ganjaran segera

Lelaki ini dikatakan memberi hadiah kepada Muhammad Fikri.

SETIAP individu pasti memasang angan-angan untuk menabur bakti kepada masyarakat dan negara.

Malah, pelbagai cara dilakukan demi menjayakan hasrat tersebut sama ada menerusi wang ringgit mahupun berkorban tenaga.

Seperti yang dilakukan seorang lelaki ini, dia bertindak memberi sumbangan atau sedekah secara rawak di sebuah stesen minyak.

Kisahnya tular selepas rakaman video memaparkan gerak-gerinya dimuat naik seorang pemuda dikenali sebagai Muhammad Fikri di Facebook Anak-Anak Muar Official Group.

Dia menyatakan hadiah diberikan kerana Muhammad Fikri tidak meninggalkan solat.

Dia menyatakan hadiah diberikan kerana Muhammad Fikri tidak meninggalkan solat.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan, individu tersebut dilihat memberhentikan keretanya di hadapan kenderaan dipandu Muhammad Fikri sebelum datang ke arahnya dan memberikan hadiah.

"Hadiah sebab solat tak tinggal," ujar lelaki tersebut sebelum berlalu pergi.

Menceritakan tentang hal itu, Muhammad Fikri berkata dia sudah menyedari tentang lelaki tersebut semasa menunaikan solat di sebuah surau stesen minyak di AMJ Kampung Batu Gajah, Melaka menghala Muar di Johor.

"Berhenti untuk solat dekat AMJ Kampung Batu Gajah (Melaka-Muar). Beliau (individu tidak dikenali) ada bersama-sama di dalam surau tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas tahfiz tiba-tiba ada banglo, Mercedes... Kerjanya cuma kutip derma di FB! Wanita dedah realiti ‘industri minta sedekah’

ARTIKEL BERKAITAN: Duit ada kurang RM100, tetap nak rasa manis sedekah... Peniaga guna beras di rumah, masak nasi bagi percuma

"Selesai solat, tiba-tiba dia berhenti depan kenderaan saya," ujarnya.

Pada masa sama, Muhammad Fikri mengakui tergamam dengan hadiah yang diterimanya selain turut mendoakan kebaikan untuk lelaki terbabit.

Dia yang menetap di Tangkak berkata, hantaran yang dibuat pada 25 Julai itu bukan sekadar tanda penghargaan tetapi untuk menzahirkan rasa terharu atas perbuatan baik yang dilakukan.

"Kalau owner ada dalam ni, saya nak ucap terima kasih banyak atas hadiah yang diberikan. Semoga niat baik tuan dapat ganjaran baik yang setimpal.

MasyaAllah hebatnya dia, semoga Allah limpahkan lagi ganjaran buat awak.

WARGA MAYA

"Posting sini sebab terharu dan tergamam dengan perbuatan baik tuan... semoga kita berjumpa lagi," tambahnya.

Perkongsian yang dibuatnya itu mendapat perhatian daripada warga maya.

Ramai yang memuji tindakan lelaki terbabit kerana memberi hadiah kepada individu yang tidak dikenali secara rawak.

"Beliau cari pahala sedekah. Semoga diperluaskan lagi rezeki untuk tuan-tuan.

Ramai yang memuji tindakan lelaki terbabit.

Ramai yang memuji tindakan lelaki terbabit.

"Dalam mencari rezeki tidak lupa mencari reda Allah, dapat pula ganjaran daripada orang baik. Tiada apa yang dapat menghalang kuasaNya," ujar beberapa warga maya.

Dalam pada itu, beberapa pelayar yang mengenali individu terbabit, tampil mendedahkan identitinya yang merupakan seorang anggota polis.

Malah kebanyakan memujinya dan menyatakan dia adalah seorang yang pemurah dan baik hati.

"Alhamdulillah gembira lihat sahabat saya masih sihat, semoga diberi kesihatan yang baik sahabat.

"Seorang yang baik, selalu buat amal jariah di tempat tugas.

"MasyaAllah hebatnya dia, semoga Allah limpahkan lagi ganjaran buat awak," ujar beberapa warga maya memujinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain