ANAK merupakan anugerah kurniaan Allah buat pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga. Bagi memastikan anak-anak membesar dengan sihat, mereka perlu diberi imunisasi seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun seorang individu tular di TikTok apabila dia meluahkan rasa kesal selepas membiarkan anaknya menerima suntikan vaksin. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak-anak cukup nutrisi dan membesar dengan sihat. -Gambar hiasan Menurut individu itu, dia bukan sekadar menyesal, malah turut menganggap 'kesilapan' tersebut sebagai satu dosa besar buatnya. "Seriously saya rasa dosa yang paling besar dah tervaksin anak daripada kecil. Sungguh rasa bersalah. Semoga Allah ampunkan dosa saya. "Dulu apabila orang ramai mula dipaksa vaksin, perkara yang meluluhkan saya apabila ada ibu bapa bawa anak cucuk vaksin," tulis individu itu. Mak tak vaksinkan saya masa masih bayi, sekarang saya terima padahnya... macam-macam penyakit ada. NETIZEN Dalam tangkap layar perbualan WhatsApp yang tular, dia turut mendakwa para doktor dan jururawat mempunyai sasaran dalam pemberian vaksin kepada kanak-kanak. "Doktor dan jururawat ada target atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) secara paksa rasanya. Sebab tu la mereka buat kerja secara paksa hasut orang. "Hasut orang, takutkan orang untuk capai target masing-masing," tulis individu itu lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sakit belakang sombong dengan KKM, percaya rawatan ‘krak-krak’ viral! Akhirnya diseret ke hospital, nanah berlonggok di tulang ARTIKEL BERKAITAN: Bangga diri tak sakit, ramai bimbang geng anti vaksin pengaruh masyarakat! Ibu bapa ‘terlebih’ pandai, anak jadi mangsa Namun, individu itu tidak menjelaskan lanjut sekiranya ia melibatkan vaksin Covid-19 atau vaksin yang ditetapkan dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan oleh KKM. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyelar tindakan individu itu yang dianggap cuba 'mencabul' hak anaknya untuk mendapatkan perlindungan kesihatan sewajarnya. Malah, ramai netizen berkata pengambilan vaksin sejak usia kanak-kanak membolehkan mereka hidup sihat dan menjalani kehidupan dengan baik sehingga dewasa. "Daripada kecil kami adik-beradik diberikan vaksin. Sampailah kami ada anak. Kami tetap bagi vaksin. Alhamdulillah, semua baik saja. "Saya lahir 1994 dan dicucuk vaksin. Anak saya lahir tahun 2020 pun saya benarkan cucuk vaksin. Vaksin daripada dulu lagi. Yang kamu kalut kenapa? Anak-anak wajar pendapat perlindungan kesihatan sebagaimana yang ditetapkan oleh KKM. -Gambar hiasan "Mak tak vaksinkan saya masa saya masih bayi. Sekarang saya terima padahnya. Macam-macam penyakit ada, bukan penyakit biasa. Malah antibody sangat lemah," kongsi beberapa netizen. Di ruangan komen, netizen turut mengecam gerakan antivaksin yang dilihat semakin menular di negara ini. "Masa beranak pandai cari doktor. Lepas dah beranak, dia lagi pandai daripada doktor. "Kucing aku pun vaksin, inikan pula anak sendiri," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube