suria

Cikgu lelaki kemaruk urutan murid! Budak perempuan umur 9 tahun naik seram layan kehendak guru, takut nak ke sekolah

Kes gangguan seksual oleh guru terhadap pelajar menjadi topik hangat kebelakangan ini. -Gambar hiasan

SIFAT dan perwatakan kanak-kanak yang polos menyebabkan golongan ini mudah diambil kesempatan oleh orang dewasa.

Dalam satu hantaran di Facebook, seorang ibu berkongsi kisah mengejutkan di mana anak perempuannya mendakwa dipaksa menjadi ‘tukang urut’ oleh gurunya..

Menurut wanita yang merahsiakan identiti diri itu, segala-galanya terbongkar apabila anak perempuannya yang berusia sembilan tahun tiba-tiba memberitahu enggan hadir ke sekolah.

urut 3

Tangkap layar (screenshot) hantaran wanita berkenaan di Facebook.

"Pagi tadi anak cakap dekat saya, esok tak nak sekolah. Saya tanya kenapa? Dia cakap... nanti cikgu minta urut bahu. Cikgu lelaki umur dalam pertengahan 20an. Dia kata seram nak urut.

"Petang selepas balik daripada kerja, saya tanya lagi... cikgu minta urut macam mana?

"Dia kata... dalam kelas nanti cikgu panggil nama, lepas tu buat sign urut bahu. Anak saya kata, dalam kelas cikgu dah 'lantik' dua orang tukang urut iaitu seorang murid lelaki dan seorang lagi anak saya," ceritanya tanpa mendedahkan nama dan lokasi sekolah anaknya.

Ujar wanita itu, menurut cerita anaknya lagi, sesi ‘urut bahu’ berlaku di dalam kelas dan di hadapan rakan sekelasnya yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru bercinta dengan pelajar siap meraba dalam kelas, pengetua enggan percaya laporan... Beri alasan ‘bini dia jauh lagi lawa’

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu macam gangster hayun tangan ke muka murid... Tak cukup penampar, ringan kaki tendang pelajar!

"(Katanya) cikgu duduk dekat kerusi dan meja guru, nanti anak akan ke depan dan urut cikgu.

"Saya tanya sudah berapa kali benda ni jadi?. Anak saya kata dah lima kali. Saya pesan pada dia, budak perempuan tak boleh urut cikgu lelaki. Memang langsung tak boleh. Anak saya diam je," kongsinya lagi.

Kalau tak 'jalan', puan kumpul bukti dan bawa ke Guru Besar. Biar jadi pengajaran.

NETIZEN

Disebabkan situasi yang diceritakan oleh anak perempuannya itu, wanita berkenaan berkata dia buntu memikirkan apakah tindakan yang wajar diambil berhubung kejadian berkenaan.

"Saya tengah bingung. Tak tahulah saya over fikir atau memang saya patut fikir dan bertindak.

"Saya perlu tanya sendiri cikgu tu ke? Minta maaf, saya bingung... takut nanti cikgu tu memperlecehkan saya sebab membesar-besarkan cerita.

"Mudah-mudahan ada yang sudi memberikan pendapat dan pandangan," akhirinya.

urut 2

Guru dan murid wajar menjaga batas pergaulan untuk mengelakkan berlakunya insiden tidak diingini. -Gambar hiasan

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian netizen, dengan rata-ratanya menyarankan dia mengambil tindakan menegur guru yang berkenaan.

"Kenapa cikgu nak minta urut pula? Pelik betul. Puan kena tanya cikgu tu dulu, betul ke buat macam tu? Ataupun tanya budak-budak kelas.

"Cikgu patut tunjuk contoh teladan, mendidik anak murid tapi boleh pula suruh budak mengurut. Tegur cikgu tu sis!

"Kalau tak ‘jalan’, puan kumpul bukti dan bawa ke Guru Besar. Biar jadi pengajaran," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain