HIDUP berjiran mampu menghidupkan suasana harmoni sekiranya masing-masing saling menghormati dan memahami. Namun jika jiran menimbulkan masalah, sudah tentu kita berasa sakit hati dan tidak puas hati. Menerusi satu perkongsian di laman sosial, seorang wanita bercerita mengenai insiden yang berlaku antara dirinya dan jiran di sebelah rumah. Berkongsi makanan merapatkan hubungan sesama jiran. -Gambar hiasan Dalam kejadian pada Ahad petang, wanita itu berkata, adik lelakinya yang merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sedang membaiki motosikal di hadapan rumah. “Adik lelaki saya cuba nak baiki sendiri sebab nak berjimat. Dia baru bekerja sebulan. “Baiki motosikal di kawasan rumah sendiri, ketika itu saya dan suami tidur petang,” katanya menerusi satu hantaran di grup Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki naik angin dah 2 kali jiran buat hal, terbaharu biarkan anak berak tepi kereta! ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sentap’ ditegur kerap letak kereta depan pagar, jiran sebelah terus hantar sihir... Hari-hari simbah air kencing, sup bunjut pun ada! Tanpa disangka-sangka, aktiviti yang dilakukan adik lelakinya itu dikatakan mencetuskan rasa kurang senang jiran di sebelah rumah. “Saya bangun dari tidur, lapar nak keluar makan awal. Suami dah ready tunggu di luar. Saya baru langkah di pintu, tiba-tiba jiran buka pintu gril dia dengan bunyi yang kuat. “Jiran bercakap dengan kuat, caranya bengis... ‘Busuklah asap motosikal tu, dah tak tahan bau’. Suami terus pandang pada jiran dan membalas ‘Ya lah busuk’,” ujarnya mengimbas kembali perbualan di antara jiran dengan suami. Seorang pemuda membaiki motosikal. -Gambar hiasan (IZZRAFIQ ALIAS/STAR MEDIA GROUP) Tanpa berfikir panjang, suaminya segera meminta adiknya memindahkan motosikal ke luar kawasan rumah dan dia akur melakukannya tanpa bersuara. “Asap motosikal tu mungkin tak masuk rumah saya, maka saya tak bau. Lagipun kami laki bini tidur di bilik di tingkat atas. Petang angin tiup, maka asap termasuk ke dalam rumah jiran. Kami tak alert,” jelasnya lagi. Baik biar berpada-pada, nak tegur biar beradab. NETIZEN Bagaimanapun, cara teguran jirannya itu membuatkan dia berkecil hati, malah kata-kata yang dilontarkan pada hari kejadian masih terngiang-ngiang di telinganya. “Saya jadi terasa dengan sikap cara jiran tegur tu, sedangkan kami dan jiran memang baik. Kami sering beli makanan dan saling bertukar antara satu sama lain. “Kerana perasaan terasa saya, hati jadi berkira dengan WiFi yang saya berkongsi dengan jiran tanpa minta bayaran sesen pun sejak pasang WiFi tu bertahun-tahun,” katanya lagi. Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan masing-masing berhubung insiden yang berlaku. “Mungkin cara dia tegur tu salah tapi cuba kita letak diri kita kat tempat jiran tu. Orang nak berehat, lepas tu memekak bunyi motor, dengan asap penuh rumah orang. Jiran tu mungkin sehabis baik dah bersabar hadap asap tu berjam-jam tapi adik sis tu pula tak ada common sense. Seorang wanita memikirkan WiFi yang digunakan jirannya. -Gambar hiasan “Tiba-tiba pula terkait WiFi. Nampaklah tak ikhlas. Gaduh la macam mana pun, tak ungkitnya bagi pakai WiFi percuma. Hati-hati sikap macam ni. “Tukar je WiFi tu kalau dah sis seorang yang bayar. Baik biar berpada-pada, nak tegur biar beradab. Memang salah adik sis buat tu, bising dan asap bau. Tak boleh ke cakap baik-baik, lagipun selama ni baik-baik je, bukan ada gaduh pun,” demikian antara komen netizen. Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa seseorang yang disakiti oleh jirannya, sama ada dengan perbuatan atau ucapan perlulah bersabar terlebih dahulu. “Sabar merupakan sifat yang sangat hebat dan ia merupakan sifat yang dikasihi oleh Allah SWT. Di samping itu, seseorang yang disakiti itu perlulah berusaha dan berikhtiar dengan sehabis baik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. “Antaranya menasihatinya dengan penuh hikmah, berbuat ihsan (baik) kepadanya walaupun dibalas dengan kejahatan, membantu mereka di dalam kesusahan, menggunakan saluran yang tepat dalam menegur. “Mudah-mudahan dengan cara sebegini akan melembutkan hatinya dan tidak lagi akan menyakiti orang tersebut,” menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube