suria

Wanita malu dengan famili mentua, aib keluarga tersebar selepas buat aduan di pejabat agama... Rupanya staf ‘kepochi’ bocor rahsia!

Pasangan suami isteri yang mengalami masalah rumah tangga akan mendapatkan nasihat dari pejabat agama. -Gambar hiasan

PERKAHWINAN terbubar secara 'tiba-tiba' pastinya melukakan hati pasangan suami isteri dan keluarga yang terlibat.

Apatah lagi, ia berlaku disebabkan kisah silam ibu bapa yang sengaja disembunyikan sejak sekian lama.

Begitulah yang dirasai wanita ini apabila perkahwinannya terpaksa difaraqkan (dibubarkan/dipisahkan) selepas mengetahui status perkahwinan kedua-dua ibu bapanya.

"Saya ada masalah dalam perkahwinan. Saya dah berkahwin tapi perkahwinan saya difaraqkan atas sebab saya anak tak sah taraf.

Perkahwinan boleh terbatal atas sebab-sebab tertentu. -Gambar hiasan

Perkahwinan boleh terbatal atas sebab-sebab tertentu. -Gambar hiasan

"Saya dinikahkan seperti anak sah taraf berwalikan bapa saya," ujarnya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut wanita ini, dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas menjumpai sijil nikah ibu bapanya yang mana tarikh pernikahan mereka dan kelahirannya hanya berjarak sebulan.

Susulan itu, dia berasa bimbang tentang status perkahwinannya kerana dinikahkan oleh bapanya sendiri.

Enggan terus berada dalam kesulitan, dia kemudian membuat aduan di pejabat agama dan organisasi itu mengesahkan terdapat keraguan dalam perkahwinannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita batal majlis, bakal suami kena tangkap basah seminggu sebelum nikah! Bengang BFF sanggup rahsia kecurangan

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan putus 7 hari sebelum nikah! ‘Pengantin tak jadi’ rasa bersalah rakan-rakan ambil cuti, tawar bayar ganti rugi

"Mereka (pihak pejabat agama) mengatakan ada keraguan dalam perkahwinan saya dan mengarahkan saya untuk merujuk ke mahkamah syariah.

"Atas nasihat itu, saya pun telah ke mahkamah syariah (bagi mendapatkan kepastian)," luahnya lagi.

Menyedari perkara tersebut melibatkan maruah diri dan keluarga, dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya daripada pengetahuan semua pihak termasuk kedua-dua ibu bapanya.

Bagaimanapun, selepas kira-kira tiga hari membuat aduan di pejabat agama, dia terkejut apabila perkara tersebut diketahui oleh adik iparnya.

Jangan bagi muka dengan pegawai tak amanah macam tu, apa dia ingat tempat kerja dia tu lubuk dapatkan cerita.

WARGA MAYA

Rupa-rupanya adik iparnya telah dihubungi oleh pejabat agama yang bertanyakan sama ada dia mengenali individu yang disebutkan mereka.

"Saya belum memaklumkan kepada ibu bapa bahawa saya telah ke pejabat agama dan mahkamah syariah.

"Selepas dua tiga hari, saya dapat WhatsApp daripada adik ipar yang mengatakan pejabat agama telah menghubungi dia kerana nama bapa sama.

"Adik ipar pernah praktikal di pejabat agama dan kawan baiknya masih bekerja di situ. Adik ipar telah mengetahui perkara ini," luahnya yang berasa malu kerana 'rahsia' tersebut telah diketahui keluarga mentuanya.

Setiap pekerja perlu menjaga kerahsiaan syarikat dan berintegriti. -Gambar hiasan

Setiap pekerja perlu menjaga kerahsiaan syarikat dan berintegriti. -Gambar hiasan

Merasakan 'aibnya' telah disebarkan oleh individu dari pejabat agama, dia kemudian cuba mendapatkan pandangan daripada pasukan peguam.

"Adakah boleh pekerja di pejabat agama menceritakan hal peribadi pengadu kepada orang lain walaupun orang itu ada hubungan kekeluargaan?

"Jika tidak boleh, apakah tindakan yang saya boleh ambil? Saya sangat tertekan, saya ada banyak masalah ditambah mulut 'kepoh' pekerja pejabat agama pula," luahnya sayu.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya meminta dia membuat laporan dan aduan kepada pihak pengurusan aduan awam (SISPAA).

Warga maya meminta wanita ini membuat aduan kepada SISPAA berhubung integriti penjawat awam.

Wanita ini diminta membuat aduan kepada SISPAA berhubung integriti penjawat awam.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa terkejut kerana urusan perkahwinan memerlukan perincian dokumen termasuk sijil nikah ibu bapa pasangan.

"Pejabat agama kebanyakan 'kaki kepoh', tak boleh jaga aib dan rahsia orang. Habis dicanangnya sekampung, harap je bekerja di pejabat agama tapi langsung tak amanah.

"Macam mana proses nikah puan? Setahu saya proses nikah tu rumit dan macam-macam dokumen perlu submit, salah satu sijil nikah ibu bapa.

"Jangan bagi muka dengan pegawai tak amanah macam tu, apa dia ingat tempat kerja dia tu lubuk dapatkan cerita dan aib orang, suka hati buka mulut sana sini.

"SISPAA, pegawai agama tak amanah dan tak jaga aib pengadu, masukkan semua dokumen berkaitan dan WhatsApp yang adik ipar tu dapat," ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain