suria

Mercedes lama terbakar ketika parkir di rumah jiran, pemilik kereta bertegas enggan tanggung kos baik pulih kediaman

Masalah parkir sering berlaku di kawasan perumahan taman dan bertingkat. -Gambar hiasan

BANYAK perkongsian mengenai kehidupan berjiran dikongsikan oleh warga maya di media sosial.

Seorang individu tampil menceritakan kisah jirannya yang didakwa telah merosakkan kediamannya.

Sebagaimana dikongsikan di grup Tanya Peguam di Facebook, katanya, dia tidak menetap di kediaman tersebut tetapi unit itu didapati terbakar angkara jirannya.

"Jiran saya parkir keretanya di hadapan rumah saya. Saya tidak tinggal di rumah tersebut.

Masalah parkir di kawasan perumahan sering dibangkitkan di media sosial. -Gambar hiasan

"Keretanya telah terbakar di hadapan rumah saya. Rumah saya mengalami kerosakan yang teruk," ujarnya dalam hantaran tersebut.

Susulan kejadian itu, lelaki ini telah meminta sebut harga daripada kontraktor untuk membaik pulih segala kerosakan yang didakwa berpunca daripada jirannya.

Memandangkan perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk baik bulih kediaman, dia terpaksa meminta bayaran ganti rugi daripada pelaku.

Namun menurut pengadu, jirannya bertegas untuk membayar sebahagian sahaja daripada kos baik pulih yang ditetapkan kontraktor.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah geram jiran tak ada ‘common sense’... Bagi tumpang garaj percuma, kereta rosak dibiar tersadai setengah tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Anak jatuh kerusi sampai patah kaki, bapa salahkan kedai perabot... Cari jalan nak tuntut ganti rugi - “Tak sampai sebulan beli!”

Sikap tidak bertanggungjawab jirannya itu membuatkan pengadu berasa buntu memikirkan kos pembaikan berjumlah RM13,500 yang terpaksa ditanggung sendiri.

"Saya dapat quotation (sebut harga) daripada kontraktor berjumlah RM17,000 untuk bayar kos baik pulih.

"Jiran saya hanya mahu membayar RM3,500 dan dia berkeras mahu take it or leave it (ambil atau biarkan)," katanya.

Pihak insurans akan lantik kontraktor baik pulih kerosakan dan mereka akan saman jiran dia untuk dapatkan balik ganti rugi.

NETIZEN

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dengan masing-masing memberikan padangan untuk membantu individu ini yang dirasakan bernasib malang.

Rata-rata memberi cadangan supaya dia membuat laporan polis.

Difahamkan, kereta yang mengalami kerosakan tersebut merupakan sebuah Mercedes C200 lama.

Komen netizen di Facebook.

Menurut salah seorang warga maya, dia mencadangkan supaya penghuni rumah ini mengenakan saman sivil terhadap pemilik kereta iaitu jirannya sekiranya tidak mahu memnberikan kerjasama.

"Saman sivil la. Alternatif lain, kalau dia ada house-owner fire policy, biasanya polisi ini cover semua kerosakan termasuk sliding door.

"Kalau basic fire policy je tak boleh kecuali ada tambahan coverage macam car windscreen. Pihak insurans akan lantik kontraktor baik pulih kerosakan dan mereka akan saman jiran dia untuk dapatkan balik ganti rugi," komen salah seorang netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain